Sanggup Keluar Kereta Dapatkan Nombor Telefon, Tindakan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Terdapat pelbagai cara untuk menambat hati seseorang, namun ianya haruslah sesuai dengan situasi sekeliling agar tidak menimbulkan salah faham dan perasaan kurang enak orang lain.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular ini, sebuah video telah dimuat naik di laman TikTok @beachbro27 dengan memaparkan seorang lelaki bertindak keluar kereta sewaktu lampu isyarat merah dengan selamba.

Lalu, dia bertindak mengetuk pintu kereta seorang pemandu wanita untuk meminta nombor telefon.

Difahamkan, video tersebut telah pun tular sehingga ke laman Twitter pengguna @megsfranco dan menerima pelbagai respon daripada orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, video tersebut hanya membuatkan para wanita di luar sana berasa takut kerana ditegur dengan lelaki yang tidak dikenali lebih-lebih lagi ketika menunggu lampu isyarat.

Tindakan lelaki berkenaan bukan sahaja menambah ketakutan pada wanita-wanita, malah turut menerima pendapat bahawa tindakannya mengetuk tingkap di lampu isyarat demi mendapatkan nombor telefon adalah sangat tidak sesuai dan membuatkan orang ramai berasa seram.

Ada juga pihak yang mempersoalkan tindakan wanita itu kerana terlalu berani sehingga menurunkan tingkap sepenuhnya setelah diketuk oleh lelaki berkenaan, kerana orang ramai risau seiranya dia diapa-apakan.

Demikian dengan itu, warganet berpendapat bahawa tindakan lelaki ini tidak akan diulangi oleh mana-mana pihak lagi kerana ianya hanya menambahkan ketakutan kepada para wanita lain.

Antara komen netizen:

Video yang tular: