“Sangat Unik!” Lelaki Tapi Nama Perempuan, Rupanya Ramai Mempunyai Nama Unik Seperti Ini

Nama merupakan perkara yang penting pada seseorang individu malah kita juga disarankan untuk menamakan anak dengan nama yang mempunyai maksud yang baik.

Iospital phone repair gombak

Dalam islam, setiap ungkapan itu adalah doa, jadi setiap kali kita memanggil seseorang dengan gelaran yang baik, itu merupakan doa kepadanya.

Bukan itu sahaja, pada hari kiamat kelak, mereka juga akan diseru dengan nama itu.

Seperti yang kita tahu, lelaki dan wanita mempunyai nama yang berbeza untuk membezakan jantina mereka.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi kisah mengenai namanya yang unik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @danielromizi, kelihatan dia memaparkan surat beranak bagi menunjukkan bukti nama penuhnya.

Namun apa yang membuatkan ramai terkedu apabila nama penuhnya adalah ‘Daniel Balqiss’. Bukan sahaja mempunyai nama perempuan malah turut mempunyai ‘double’ S.

Ekoran itu, dia menjawab persoalan netizen yang merasakan namanya itu unik dan cantik.

Sekadar info ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih sebanyak 468.6K tontonan, 46.8K tanda suka, dan 1394 komen di laman platform sosial tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui pernah berjumpa dengan individu yang mempunyai nama unik. Orangnya lelaki, tetapi nama macam perempuan. Sama juga seperti orangnya perempuan, tetapi nama lelaki.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mempunyai nama unik turut tampil memperkenalkan diri mereka.

Antara komen warga maya:

“ada member sekolah dulu nama ahmad balqis. dia laki gak”

“Kawan abg i nama dia farah tapi lelaki..dulu setiap kali dia nk keluar lepak, kena mention “lepak dgn farah lelaki” ”


“takbolee bayangkan kalau dia kawen nnti mesti balqis dan balqis ”

“ala aku un gitu nnti kwn ank aku tanye “nama mak kau ape? “ “nama mak aku darwish””

“hurmm samee laa… nama sy aliff batrisyia…perempuan yee rmai ingt lelakii”

Video yang tular di laman TikTok:

@danielromizi Replying to @ #shouldbeme ♬ original sound – Waffi