Sampai Tertinggal Kasut, Aksi Murid Kelam Kabut Lari Keluar Rumah Hantu Buat Ramai Berdekah!

Dalam banyak-banyak permainan, rumah hantu pasti menjadi pilihan bagi sesiapa sahaja yang meminati unsur seram.

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi sewaktu zaman persekolahan kanak-kanak, lagilah seronok jika dapat masuk sekali bersama rakan-rakan yang lain.

Ada yang menangis, meraung, ada yang berlari macam tak cukup tanah pun ada!

Bagaimanapun, lain pula dengan gelagat murid sekolah ini yang membuatkan orang ramai terhibur melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Twitter @isusemasaviral itu, kelihatan sekumpulan murid sekolah sedang berlari ketakutan keluar daripada rumah hantu yang dipercayai dibuat di sekolah berkenaan.

Ada juga yang berlari keluar dalam keadaan huru hara sehinggakan tudungnya hampir tertanggal.

Namun apa yang membuatkan ramai warganet tertarik dengan video tersebut adalah apabila salah seorang daripada murid itu mengadu kepada guru bahawa kasutnya tertinggal di dalam rumah hantu tersebut.

“Cikgu, kasut saya tertinggal,” kata murid itu.

Setelah mendengar keluhan murid tersebut, guru yang berada di situ terus tertawa dengan kisah yang menimpa muridnya itu.


Sekadar info ketika artikl ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 290.8K tontonan, 1700 retweets, 199 quote tweets dan 2633 tanda suka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah anak murid tersebut.

Antara komen netizen:

Video Twitter yang tular: