Sama Macam Baim Wong? Foto Mawar Rashid Dan Abangnya Jadi Perhatian Peminat

Mawar Rashid semalam telah menjadi tumpuan para peminat apabila memuatnaik gambar bersama abangnya.

Uniknya gambar tersebut apabila dikatakan wajahnya sangat serupa iras dengan wajah abangnya.

Bersama-sama gambar tersebut Mawar menulis kapsyen:

“Apa perasaan bila adik yang paling rapat ngan Gfan bakal jadi mummy? How do you feel brother?”

 

View this post on Instagram

 

Apa perasaan bila adik yang paling rapat ngan Gfan bakal jadi mummy? How do you feel brother? 😏 @arfanrashid

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Malah ada yang memuji wajah abangya yang sangat mirip pelakon popular Indonesia, Baim Wong.

Mawar Rashid memulakan kerjaya pemodelan sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.

Selepas Dewi Remaja tamat, kerjaya lakonannya bermula apabila Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy.

 

View this post on Instagram

 

Walaupun I ada ramai baby dengan you, I tetap akan jadi your Manje forever tau. Aminnn 😝 @rafyaakob #MySweetRaden #MySyurga

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.

Mawar Rashid juga muncul dalam telefilem Rajuk di TV9 menerusi slot Skrin Di 9. Paling terkini, Mawar muncul sebagai Qisya Iris dalam Suamiku Paling Sweet di Slot Akasia TV3.

Mawar menjadi bintang utama di samping Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly dalam drama berat Kalis Kasih arahan Nazir Jamaluddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3.

Mawar menjayakan watak sebagai Senah dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati arahan dan lakonan Sabri Yunus yang akan bersiaran pada 30 Jun 2018 di Astro Citra.