“Salute!” Rancak Menari Tarian Singa, Aksi Gadis Tampil Dengan Imej Berhijab Buat Ramai Kagum!

Setiap kali tibanya perayaan cina, pasti kita akan melihat tarian singa yang dilakukan oleh individu profesional sambil diiringi pukulan gendang. Tarian singa juga merupakan tarian tradisional adat warisan masyarakat cina.
Iospital phone repair gombak
Walaupun ianya kelihatan sangat mudah, namun tarian ini memerlukan latihan yang cukup agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini sewaktu persembahan.

Seringkali kita lihat penari kebanyakkannya merupakan dari bangsa cina sendiri, namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ahpeng2830, dapat kita lihat aksi tarian singa dipercayai dianjurkan di sebuah acara

Namun apa yang membuatkan ramai kagum apabila seorang gadis bertudung ‘mengawal’ kepala singa ketika tarian tersebut dilakukan.

Kelihatan gadis itu berjaya mengawal langkah tarian dengan baik walaupun bukan berbangsa Cina menunjukkan dirinya telah berlatih bersungguh-sungguh.

Usai sahaja dia melepaskan kostum, orang ramai memberikan tepukan yang gemuruh sekaligus terkedu melihat gadis bertudung tersebut.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘salute’ dan memberikan pujian atas persembahan yang dilakukan oleh gadis itu serta menyifatkan dia telah melakukan sehabis baik.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga akui bahawa tindakan gadis itu menonjolkan lagi keharmonian dan boleh memupuk semangat perpaduan dalam diri setiap individu yang berlainan kaum di Malaysia.

Antara komen warga maya:

“OMG.. terharu pula tengok gadis bertudung lioness dance”

“Tak sia2 tengok sampai habis… good job girls.. awesome..”


“Memang power.. timing tak lari langsung..tabik springgg”

“Bukan senang nak buat persembahan tarian singa..”

“Comelnyaa!! macam tengok anak singa betul2.. mesti sakit pinggang..”

“Hasil didikan orang tua, tak mengira bangsa, agama.. 1 Malaysia..”

“Bangga jadi orang Malaysia”

“Sebak dengar orang bagi sorakan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@ahpeng2830this 1 malaysia

♬ original sound – Ah Peng