Siapa tak kenal dengan Lailers ataupun Riena Diana yang selalu dikaitkan dengan pelakon Hun Hakeem.

Riena atau nama lengkapnya Nur Qamariena Diana Zulreal sebelum ini dipilih untuk meneraju segmen GPH di Hot FM bersama Mark Adam dan Fizie setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Sehingga ke hari ini, Riena Diana tidak menafikan peminat masih lagi memanggil dirinya sebagai Lailer biarpun drama Kampung People sudah lama menamatkan siarannya tahun lalu.

Menurut Riena, dia berharap dapat move on daripada watak tersebut agar peminat dapat melihat pelbagai lagi karakter lain yang mampu dijiwainya selain daripada watak komedi.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana Zulreal (@rienadiana_)

Jika selama ini ada yang menganggap penyampai radio Hot FM iaitu Riena Diana tidak mempunyai kekasih dan memegang title single, anda sebenarnya silap!

Untuk maklumat Riena sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati yang dikenali sebagai Nik Afiq yang juga merupakan seorang usahawan yang kini menetap di Pahang.

Tanpa disangka rupa-rupanya ada yang patah hati selepas Riena yang terkenal dengan watak Lailer menerusi drama Kampung People itu kongsikan fotonya bersama dengan Nik Afiq bersempena dengan hari lahir jejaka tersebut.

Riena juga telah memuat naik fotonya bersama dengan Afiq di laman Instagram miliknya dan disebabkan itu ada sesetengah peminatnya yang terkejut dengan perkara tersebut kerana sebelum ini Riena tidak ada kongsikan sebarang foto bersama dengan kekasihnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana Zulreal (@rienadiana_)

Mungkin Riena lebih selesa untuk tidak kongsikan tentang kisah peribadinya kepada umum dan disebabkan itu ada yang tidak tahu bahawa pelakon berusia 24 tahun itu sudah memiliki kekasih hati.

Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi apabila ada yang menyamakan wajah Afiq dengan Aeril Noah, bekas vokalis kumpulan Peterpan.

Riena kini muncul dengan drama bersiri yang memaparkan realiti kehidupan petugas barisan hadapan berjudul Hadiah Dari Tuhan.

Menerusi drama itu, Riena membawakan watak lebih serius yang memaparkan kehidupan golongan berpendapatan sederhana.

“Kali ini saya rasa janggal sedikit bawa watak serius sebab dah biasa bawa watak kelakar.

“Nak lari daripada imej watak gadis bimbo Lailer yang saya pernah bawakan sebelum ini, saya hanya ikut sahaja arahan daripada pengarah drama agar mesej yang nak disampaikan dalam drama ini dapat diterjemahkan dengan baik.

“Kali ini saya tak nak peminat ingat watak saya sebagai Lailer, watak itu macam dah sebati dengan diri tapi saya harap orang nampak juga watak-watak lain yang saya cuba bawakan selepas ini,” katanya.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.