Rider Kesal, Pelanggan Gunakan Servis Mereka Untuk Hantar Syabu

Satu perkongsian oleh penghantar makanan yang berdepan dengan dugaan dianiaya para pelanggan sehingga mereka menjadi sasaran pihak polis menjadi tular.

Di dalam perkongsian di Facebook itu, seorang pengguna dengan nama akaun Apan Meru telah berkongsi maklumat seorang penghantar makanan ditahan polis selepas terdapat syabu di dalam bungkusan yang didapati daripada seorang pelanggan.

KEPADA CUSTEMER JANGAN GAME RIDER PULAK…KAMI CARI REZEKI… KORANG GAME KAMI SUSAH KAMI CARI MAKAN..

RIDER XAKAN BUKAK BUNGKUSAN CUSTEMER… SEKALI BILA BUKA… RUPA2 SYABU…

INGATKAN BARANG DOKUMEN KE APA… JANGAN BUAT KAMI SEBEGINI CUSTEMER… BERHATI HATI RIDER…

KALAU MASUK ORDER PELIK2 ABAIKANLAH.. X PON CALL CS SYARIKAT MASING2..

Apan memberitahu lelaki penghantar makanan tersebut terkejut selepas mendapati bungkusan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan rupanya adalah barangan terlarang.

Menerusi mesej perbualan yang dikongsikan, rider tersebut tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun pelanggan yang membeli syabu itu sempat melarikan diri selepas pihak polis berjaya mengesan lokasinya.

HASIL BERBUALAN DARI GROUP WHAPP RIDER BERSAMA RIDER YANG MENJADI MANGSA KEADAAN… JANGANLAH BUAT KAMI SEBEGINI

 


Menerusi perbualan di Whatsapp group, rider tersebut sudah dilepaskan oleh polis.

“Alhamdulillah tak ada apa, ni baru balik dari kena tahan tadi pukul 6”

 

Kejadian tersebut telah mengundang rasa amarah netizen terhadap pihak mengambil kesempatan ini.

Rata-rata netizen turut bersimpati melihat nasib para penghantar yang mencari rezeki tetapi dianiaya pula oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“aniaya org betui.. mentang la depa tu hanya keja mcm tu.. jgn la kerana nama grabfood o foodpanda.. buruk abih nnt.. kesianla sma kt depa..”

“Buat naya kpd rider mncari rezeki.. Allahuakhbar.”