Rider Ikut Waze Lalu Jalan Sunyi Hantar Order Pukul 10 Malam, Sekali Tengok Rumah Kosong!

Setiap pekerjaan sudah pasti mempunyai cabarannya yang tersendiri sama juga seperti penghantar makanan ataupun rider.

Pekerjaan yang terlihat mudah namun siapa sangka mempunyai pelbagai cabaran, bukan sahaja terdedah dengan pelbagai kemungkinan kemalangan, cuaca yang tidak mengizinkan serta ragam pelanggan malah jalan ke rumah pelanggan juga boleh membuatkan rider keliru dan akhirnya tersesat jalan.
Iospital phone repair gombak
Bagi rider, menggunakan waze pada waktu malam sememangnya memudahkan mereka untuk mencari jalan ke rumah pelanggan. Namun siapa sangka pemuda ini berdepan dengan situasi seram ketika hendak menghantar pesanan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter iaitu @aemieruls_, difahamkan rider tersebut mendapat pesanan pada pukul 10 malam.

Namun apa yang menyeramkan adalah dia mengikut waze tetapi aplikasi itu membawanya ke sebuah rumah kosong. Malah, tempatnya juga sunyi dan gelap membuatkan dia berasa seram.

Melihat situasi tersebut, rider ini tertanya-tanya siapakah yang memesan makanan pada waktu tersebut. Malah, melalui pengalaman rider yang lepas mereka juga pernah mengalami situasi yang sama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut meremang melihat keadaan jalan yang agak gelap, sunyi dan suram serta rumah kosong yang sangat menyeramkan.

“Kesian hantu tu lapar bang. Nak keluar beli makanan takut orang lari. Itu yang order dari foodpanda tu” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang berseloroh mengatakan hantu pada masa kini pun sudah pandai menggunakan telefon bimbit dan memesan makanan secara atas talian.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: