“Saya masuk hospital, pneumonia dalam paru2,” Rhys ‘Mat Salleh Cari Makan’ Mohon Doakan Dirinya & Keluarga

Penularan kes wabak pandemik di negara kita saban hari semakin meningat bagai tiada penghujungnya.

Tdak terkecuali, selebriti yang terkenal dengan video cari makan atau mesra dikenali sebagai Mat Salleh Cari Makan, Rhys William disahkan positif C0VID dan juga demam denggi dalam masa yang sama.

Khabar duka tersebut disampaikan sendiri olehnya melalui media sosial. Lebih menyedihkan apabila isteri serta anak kecilnya turut disahkan positif C0VID19 dengan sedikit simptom.


Rhys William, yang berasal dari United Kingdom telah lama menetap di Malaysia dan sangat fasih berbahasa Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rhys William (@si_rhys)

Positive C*vid & Positive Denggi

“Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan family saya disahkan positif C0VID.

“Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah.”

Pneumonia dalam paru-paru

“Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru2 (C0VID category 3) – atas nasihat Dr saya masuk hospital untuk rawatan.

“Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali.”

Menurut Rhys, hanya dia sahaja yang terpaksa dimasukkan ke hospital kerana berada di tahap tiga yang memerlukan rawatan susulan.

Rhys sempat meminta maaf jika ada tersalah kata dan sempat memohon doa ramai untuk kesembuhan buat dirinya dan juga keluarga.

“Kepada semua rakan-rakan dan follower-follower saya, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan ke kesilapan sepanjang kita kenal.

Ucap terima kasih kepada sesiapa yang menyokong

“Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada orang yang sentiasa support saya.

“C0VID is real guys. Please pray for me and my family. Stay safe semua.”

Rakan selebriti dan juga warga maya mendoakan kesihatan serta kesembuhan buat Rhys dan keluarga.

Rhys sebelum ini mendapat perhatian warga maya melalui video-video yang viral di YouTube dan juga Astro Naura kerana sentiasa menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama pertuturan.

Rata rata netizen memberi sokongan moral dan berharap rhys dan keluarga pulih seperti sedia kala.