Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap

Kini anda boleh masak nasi ayam setiap hari sampai jemu dengan mencuba cara masak nasi ayam simple. 

Resepi Nasi Ayam simple ini bukan saja mudah untuk disediakan, tetapi ia juga sedap dan sihat.

Berikut adalah 5 komponen penting dalam menyediakan nasi ayam iaitu:

  • Sup
  • Nasi
  • Ayam
  • Kuah Kicap
  • Kuah Cili
Untuk buat Nasi Ayam ni, langkah pertama yang anda perlu buat adalah membuat air rebusan ayam.
Air rebusan ayam ni la yang akan digunakan untuk masak nasi, sup ayam dan sos cili nasi ayam.

Sup/Ayam/Kuah Kicap dan Kuah Cili

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – dipotong empat
1 sup bunjut
1 labu bawang besar – dipotong empat
3 ulas bawang putih – di ketuk
1 inci halia – di ketuk

Cara memasak:

1. Rebus semua bahan hingga mendidih. Keluarkan ayam dan toskan. Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan SUP dengan menambah kiub ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

2. AYAM : Perapkan dengan 1 sudu besar Sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu. Goreng hingga keperangan dan potong ketika menghidang.

3. KUAH CILI : Kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili.

4. KUAH KICAP : Campurkan 1 cawan air rebusan ayam dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.

Nasi

Bahan-bahan:

3 cawan beras – basuh dan toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam
3 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
1 inci halia – di hiris
1 helai daun pandan – disimpul
lemak dan kulit ayam
1 sudu teh garam

Cara memasak:

1. Panaskan minyak campur sedikit mentega didalam periuk nasi, tumis bahan-bahan yang dihiris nipis hingga wangi, masukkan lemak ayam, kacau hingga sebati dan pecah minyak.

2. Masukkan pula beras dan kacau lagi.

3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning(jika suka) dan masak seperti nasi biasa.