Resepi Kek Coklat Moist Gebu, Gadis Ini Kongsi Cara Buat Yang Mudah dan ‘Confirm’ Jadi

Biasanya apabila singgah di stesen minyak pasti kita akan membeli minuman dan juga kek coklat yang diatur kemas di atas rak kan?

Kelazatan dan kelembutan kek coklat dengan bahagian topping yang meleleh ‘moist’ pasti membuatkan kita tidak pernah berkira untuk membelinya.

Tapi pernah tak terfikir yang kita juga boleh membuatnya sendiri di rumah? Ya, sudah tentu lebih jimat dan bleh dihidangkan untuk ramai orang.

Di dalam satu perkongsian di laman Facebook, Ummy Darwisha menunjukkan cara-cara membuat kek coklat ‘moist’ yang gebu dengan mudah dan simple.

Katanya resepi kek coklat yang digunakannya akan menghasilkan kek coklat ‘moist’ kurang manis dan sangat sedap.

Mari kita ikuti perkongsian daripada beliau.

_________

Alhamdulillah Moist betul.. Kurang manis.. Macam tak percaya boleh buat sesedap ni.

Resepi Kek Coklat Moist Gebu

Bahan A

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • Setengah cawan susu pekat

Bahan B

  • Secawan tepong gandum
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder

Bahan C

  • 3 biji telur
  • 1sk esen vanilla

Cara-cara membuat Kek Coklat Moist

  1. Mula-mula sekali, campurkan semua bahan A dan masak di atas api kecil sehingga larut.
  2. Kemudian, satukan bahan B dan ayak.
  3. Masukkan bahan C di dalam blender dan blend sampai warna menjadi putih.
  4. Campurkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Kacau guna whisk shj sehingga sebati dan tiada ketulan tepong.
  5. Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Kukus selama 15 minit jika menggunakan bekas kecil seperti gambar.

Resepi Topping Cokelat

Bahan-bahan

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-cara membuat Topping Coklat

  1. Satukan semua bahan2… Masak dgn menggunakan kaedah double boiler….
  2. Suamkan dhl.. Kemudian bole lah dituangkan diatas kek tadi…
  3. Taburkan coklat rice utk hiasan.

Resepi ni bukan dari saya.. Saya dapat dlm fb.. Saya cuma panjangkan ilmu nya.. Doakan kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezki ya.

Selamat mencuba. Good luck!