Remaja Malaysia Jadi Pelajar Termuda Masuk Kolej Berprestij, Royal College Of Surgeon Ireland

Pada usia 16 tahun, Emir Haady Imran Bin Zulkharnain telah mengharumkan nama negara dengan menjadi pelajar termuda di Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

Emir yang sebelum ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge dan IGCSE dengan keputusan 5A+, 1A dan 1B,

Emir menduduki peperiksaan IGCSE setelah hanya 10 bulan menjalani latihan pada usia semuda 14 tahun.

 

Walaupun Emir mempunyai peribadi yang agak introvert, STAR International Academy melalui laman Facebook menyatakan Emir merupakan seorang yang sentiasa bersemangat dalam akademik.

Pada Januari 2017 Emir memasuki program A-Level sejurus menduduki IGCSE.

Malah, pada usia 16 tahun, Emir telah berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat A-Level dengan keputusan yang cemerlang, A+, 2 A dan 1B.

“Kini beliau melanjutkan pembelajaran di RCSI. Beliau disambut oleh Head Of Admissions yang membawa beliau melawat perkarangan kampus secara peribadi.”

Emir mencatatkan sejarah apabila menjadi pelajar paling muda yang akan melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di RCSI pada September ini.

Berita tentang kecemerlangan Emir ini turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Menerusi laman sosial Twitter miliknya, Maszlee meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang dikecapi Emir.

“I am proud to know at the age of 16, Emir will enrol at the RCSI in Dublin start in September. He will also be the youngest student at RCSI, and proves to everyone that all dreams can come true if we have the courage to pursue them. Congratulations Emir!”