Rebah Lepas Laung Azan Isyak, Bilal ‘Pergi’ di Malam Jumaat

Hidup dan mati merupakan rahsia Maha Pencipta. Tiada sesiapa pun dapat mengetahui perjalanan hidup seseorang dan tarikh kematiannya kelak. Namun begitu, pemergian dalam keadaan sedang beribadat kepada Allah S.W.T adalah salah satu impian setiap umat Islam. Hal ini bukan sahaja dipandang tinggi oleh masyarakat, malahan memberi perspektif yang baik kepada semua. Menerusi satu perkongsian yang [...]

Pemergian dalam keadaan sedang beribadat kepada Allah S.W.T adalah salah satu impian setiap umat Islam.

Di dalam satu perkongsian yang diperoleh daripada laman Facebook Masjid An-Nur Felda Teloi Timur, seorang lelaki yang warga emas telah meninggal dunia selepas selesai melaungkan azan Isyak malam tadi.

“Malam ini berlaku kematian di masjid annur felda teloi timur. Beliau ialah Bilal sukarela di masjid ini..

“Beliau jatuh rebah dan meninggal selepas melaungkan azan isyak yg terakhir pada malam ini.

“Seorang peneroka Ahmad Bin Saad (Mat CB).. Jalan Ciku, Blok K, Felda Teloi Timur, 09300 Kuala Ketil, Kedah…

“Seorang yg aktif di masjid dan selalu melaungkan azan secara sukarela di masjid.. Hilang lagi sebutir permata..meninggal malam jumaat.”

Melalui kenyataan daripada  Facebook, warga emas yang dikenali sebagai Ahmad bin Said atau mesra disapa sebagai Mat CB juga merupakan peneroka Felda.

Allahyarham sering menjadi bilal secara sukarela dan melaungkan azan apabila tiba waktu solat fardhu di masjid tersebut.

Dikhabarkan Ahmad yang baru selesai melaungkan azan Isyak telah rebah secara tiba-tiba di dalam masjid.

Semua jemaah yang mulai mengerumuni Ahmad yang ketika itu sudah pun meninggal dunia.

Menerusi perkongsian itu juga, jemaah masjid itu baru saja selesai mengadakan rutin mingguan iaitu bacaan Yassin dan tahlil ringkas memandangkan semalam adalah hari Khamis malam Jumaat.

Rentetan dari perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan ucapan takziah kepada keluarga jenazah atas pemergian seorang bilal yang merupakan kariah masjid An-Nur Felda Teloi Timur.

Sesungguhnya, perjalanan Allahyarham menemui Allah S.W.T yang sungguh cantik aturannya telah dicemburui oleh mereka kerana menyifatkan kematian tersebut sebagai Khusnul Khotimah.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.