Ratah Ulam Budu Sambil Cakap Pelat Kelatan, Gelagat Cina ‘Klate’ Ini Buat Ramai Terkejut

Setiap negeri mempunyai makanan tradisonal mereka tersendiri contohnya nasi dagang daripada terengganu, masak lemak cili api dari negeri sembilan, nasi kerabu daripada kelantan dan banyak lagi.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, budu merupakan makanan tradisional yang boleh dikatakan penyedap makanan ‘utama’ di Kelantan. Selalunya budu enak dimakan bersama ulam-ulaman. Pun begitu, tidak semua orang gemar untuk menikmati budu.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadi cina Kelantan berkongsi video bagaimana dia dan keluarganya menyukai ulam budu yang dimakan bersama nasi telah mencuri perhatian ramai.

Turut bertutur dalam dialek Kelantan, dia menunjukkan hidangan yang dimakan iaitu nasi putih yang hanya berlaukkan budu dan ulam bersama cili

“Makan nasi ulam je, favourite ulam jatung pisang dan terung. Pahtu kito letok cili hok nenek kito wak,” katanya dalam video gelagat Cina Kelantan ratah ulam tersebut.

Saudaranya yang lain hanya memakan nasi putih bersama ulam terung sahaja dicicah bersama budu. Ia adalah makanan yang sedap dan boleh membuatkan mereka bertambah-tambah nasi, menurutnya.


“Jantung Xiāngjiāo tu jantung pise (pisang). Nasaboh gi tanya (ada ke pergi tanya?),” selorohnya mereka bersama dalam perbualan mengenai ulam budu itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat wanita ini yang sangat petah berbahasa Kelantan malah gemar makan budu dan ulam-ulaman.

Antara komen warga maya:

“Syk dengar depa cakap klate”

“Langsung tak pelat kecek kelate..”


“Aku hok tk makey budu pun jadi kecur air liur bakpo nyo”


Video yang tular di laman TikTok:

@starzvonne519 Nasi Ulam Jantung Pisang #bveggiefood#vegetarianfood #kotabharukelantan#vegetables ♬ original sound – Evonne Kang

Sekadar info, Cina peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain kerana mereka mengamalkan kehidupan dan budaya Melayu hingga ramai yang keliru sama ada mereka berbangsa Melayu, Siam atau Cina.

Bukan setakat bahasa pertuturan, pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu, Cina peranakan kebanyakan berkulit sawo matang, mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya malah bahasa Kelantan mereka juga sangat pekat dan lancar.