“Rasa sebak” Momen Pelajar Pakaikan Ayah Jubah Konvo Buat Ramai Terharu

Majlis Konvokesyen merupakan satu hari kebesaran untuk graduan, kerana ia membawa maksud graduan sudah berjaya menamatkan pengajian.

Manakan tidak, setelah berhempas pulas berdepan dengan cabaran belajar demi meraih keputusan yang membanggakan, inilah masa yang sangat dinantikan buat setiap pelajar.
Iospital phone repair gombak
Apa yang membuatkan majlis tersebut lebih bermakna adalah dengan kehadiran insan yang amat penting dalam hidup seperti ibu dan bapa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar menyarungkan jubah konvo miliknya pada si ayah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @af.frhnn, kelihatan lelaki ini berkongsi moment ketika berlangsungnya majlis konvokesyen di Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

Namun apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila dia menyarungkan ayahnya jubah konvo miliknya.

Hal ini kerana, sebaik sahaja dipakaikan jubah konvo itu, jelas terpampang riak wajah bangga di atas kejayaan anaknya.

“Terima kasih abah!” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan lelaki tersebut sekaligus memuji sikap pemuda itu yang menghargai jaga ayahnya.

“So lucky! This made me cry. Terfikir macam mana aku convo nanti” – Warganet

Bukan itu sahaja, netizen juga akui terharu melihat reaksi muka si ayah yang bangga dengan kejayaan anaknya.

Antara komen wargamaya:

“Bestnya ada abah lagi.. Allah kuatkan aku untuk habiskan perjuangan demi menghargai jasa ibu dan arwah ayah”

“Tahniah awak.. terharu tengok.. anak yang baik dengan abahnya.. pasti akan berjaya dunia akhirat..”

“Your abah is so proud of you.. Everyone can see from his gesture”


“Ayah kata, ayah memang tak sekolah tinggi tapi ayah berharap anak2nya sekolah tinggi, sebab itulah ayah berusaha keras”

“Yang hebat bukanlah aku tetapi kedua orang tua ku”

“Nak juga tapi ayah aku sudah tenang di alam sana”


Video yang tular di laman TikTok:

@af.frhnnTerima kasih abah!♬ original sound – Derayu Lirik