“Rasa bog*l kalau tak pakai..” Mahu Tutup Uban, Daphne Iking Dedah Sebab Berhijab

Setiap wanita Islam mempunyai cerita mereka tersendiri untuk menutup aurat lebih-lebih lagi mengenakan hijab. Sama juga seperti seorang pelakon dan pengacara terkenal, Daphne Iking yang juga pernah berjelar juara Unduk Ngadau Kaamatan suatu ketika dulu.

Memeluk islam selepas melawat Taj Mahal dan berhijab sepenuhnya sejak Oktober tahun lalu, dia menjelaskan asbab dia mengenakan tudung adalah kerana mahu menutupi uban di kepala.

Memetik laporan Media Hiburan, Daphne berkongsikan detik-detik permulaan dirinya yang mengambil keputusan untuk berhijab.

“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terlibat dalam aktiviti kesedaran mengenai penyakit berkenaan. Rambut saya panjang dan berhasrat untuk mendermakannya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser…”

“Tapi untuk berbuat demikian, tak boleh warnakan rambut atau lakukan sebarang perawatan kimia selama enam bulan. Dalam tempoh itu, saya mempunyai uban. Kalau berada di rumah, okaylah sebab ia hanya dilihat suami dan anak-anak.”

“Kemudian kita sudah diberikan kelonggaran untuk keluar selepas penguatkuasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan saya perlu hadiri satu majlis bertemakan warna ungu. Saya berdandan dan nak pastikan uban tidak terlihat, saya pakai turban.”

“Tapi saya tidak ada turban warna ungu lalu pakai shawl saja. Bila pakai ia akan ‘terpeleot keluar’, saya jenis kasar. Saya pun kenakan topi selam (diving cap),” katanya.

Namun baginya, Daphne merasa janggal sekiranya ‘free hair’ apabila pergi berenang dan berbikini.

“Proses itu berterusan sampai Ramadan dan bila tiba hari raya, rasa janggal buka tudung. Saya kembali berselendang ala gaya Grace Kelly. Seminggu kemudian saya pergi berenang dan berbikini. Tapi saya rasa ‘bogel’ sangat”

“Seganlah… sudah berumur nak pakai macam Halle Berry. Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai ‘baju diving’. Transisinya daripada situ kemudian saya beritahu suami untuk jual semua baju seksi,” katanya lagi.” tambahnya.


Menurut pengacara ini dia menyifatkan istiqamah bukan mudah untuk dirinya. Dia juga sudah selesa tampil dengan penampilanya sekarang.

“Rasa bogel kalau tak pakai. Oleh kerana saya turut kerap buat sesi temubual secara virtual, paling tidak saya akan sarung anak tudung dengan topi. Sekurang-kurangnya ia menutupi,” katanya lagi.