Racun Merkuri, 7 Produk Kosmetik Ini Baru Saja Diharamkan Oleh Kementerian Kesihatan

Ramai pengguna di negara kita terutamanya wanita mudah terpedaya dengan iklan barangan kosmetik.

Rata-rata mudah tertipu dengan testimoni dan juga promosi daripada founder kosmetik tempatan tanpa memperdulikan kandungan di dalamnya.

Terbaru, menerusi laporan Astro Awani, tujuh produk kosmetik telah diharamkan dan dibatalkan pengedarannya serta-merta oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM).

Perkara ini dilakukan setelah dikesan mengandungi merkuri di dalam ketujuh-tujuh produk tersebut.

Di dalam satu kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk-produk yang dinyatakan tidak dibenarkan dijual di Malaysia.

Kesemuanya mengandungi bahan beracun merkuri yang boleh menyerap masuk ke dalam badan sekaligus menyebabkan kesan buruk.

Menurutnya keracunan merkuri boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti lemah otot, kebas, ruam dan masalah deria.

“Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.

“Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan yang dibuat di blognya di kpkesihatan.com.

“Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2019 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),…”

Dr Noor Hisham juga memberitahu notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM.

Rentetan daripada pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan, KKM telah menyenaraikan produk-produk yang diharamkan tersebut bagi mengelakkan pengguna terpedaya.

Ini senarai penuh produk-produk yang diharamkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM:


Semua peniaga kosmetik telah diarah menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut serta-merta.

Bagi peniaga yang ingkar boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru itu, orang awam yang masih menggunakan produk kosmetik terbabit dinasihatkan segera menghentikan penggunaan.

Jika terdapat sebarang kesan negatif hasil dari penggunaan sebelum ini, dinasihatkan untuk bertemu doktor dengan kadar segera.

Rujukan: KPKesihatan.com