Produksi Tangguh Bayaran, Wan Maimunah Dedah Terpaksa ‘Mengemis’ Hak Sendiri

Pelakon veteran wanita terkenal, Wan Maimunah atau nama sebenarnya Wan Maimunah Wan Abdul Aziz ini cukup dikenali dengan Lakonan airmata nya cukup memberikan kesan mendalam kepada penonton.

Boleh dikatakan, beri sahaja apa-apa watak kepadanya, pasti dapat dibawa dan dijayakan sebaik mungkin.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, pelakon ini juga pernah memenangi Artis Komedi Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk 5 tahun berturut-turut pada tahun 1992 – 1996/1997.

Terbaharu, Wan Maimunah atau lebih mesra dipanggil sebagai Ibu ni mendedahkan tidak menerima bayaran berbaloi dengan hasil kerjanya yang dilakukan walaupun sebenarnya dia layak mendapat lebih.

Memetik laporan mStar, pelakon berusia 65 tahun itu mengatakan terpaksa menebalkan muka untuk mendapatkan haknya dengan sikap pihak produksi yang ‘culas’ untuk membuat pembayaran.

“Biasanya ibu memang tak ambil wang pendahuluan kerana bayarannya pun tidak seberapa tetapi itu pun ada yang liat hendak bayar sampai terpaksa meminta-minta. Bayaran diberikan juga tak setimpal dengan usaha diberikan sampai pernah ibu minta tokok (tambah) dan tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai…”

“Ada orang kata ibu bodoh, tetapi ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah,” katanya

Walau bagaimanapun, Wan Maimunah sudah memaafkan dan menghalalkan pihak yang belum melunaskan bayaran tersebut. Malah dia turut memohon agar mana-mana pernebit lebih peka serta bersikap jujur dengan kerja masing-masing.

“Ibu merayu kepada penerbit turun padang intai-intai sama ada pengurus produksi lakukan kerja secara jujur atau sebaliknya. Rezeki semua terletak pada Allah, ibu tidak mahu buka aib sesiapa, tapi ibu sudah halalkan semuanya,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan berang dengan tindakkan pihak produksi tersebut terhadap pelakon veteran Wan Maimunah itu malah mereka juga turut mendoakan agar urusan Ibu akan dipermudahkan.

Antara komen warga maya:

“kesiannya..yang artis baru berlakon kayu satu drama pun dah boleh beli kereta, rumah mewah..”


“biasalah kekadang nak ambik hak sendiri pon macam pengemis..bertabahlah..”



“doa orang teraniya termakbul..doa je banyal-banyak…orang penat berlakon sampai kering air mata..apa pun tak dapat..”


“asyik bersedih je..bagi tau je nama produksi tu…minta terang-terang..”