“Generasi berkasih sayang” Kongsi Gelagat Anak Lelaki, Titipan Jinggo Buat Netizen Terharu

Siapa tidak kenal dengan keluarga Shiela Rusly yang mana dikatakan begitu harmoni malah hubungannya bersama anak dan menantu juga seringkali dipuji oleh orang ramai.

Iospital phone repair gombak
Terbaharu, suaminya yang juga seorang pengarah dan penerbit televisyen terkenal Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram itu mencuri perhatian ramai.


Menerusi video tersebut, memaparkan rakaman gelagat dua anak lelakinya Uzair Haqimy dan Luth Mikhail yang dilihat begitu akrab dan mencuit hati.

Dalam hantaran itu juga memperlihatkan menantunya, Elisya Sandha serta cucunya, Bunga. Malah turut menunjukkan beberapa hidangan berserta ahli keluarga lain.

Dalam pada itu, Jinggo sempat menitipkan doa dan harapan buat keluarga besarnya itu agar sentiasa bersama-sama.

“Generasi ku… Generasi Tok Sidang… Semoga Allah memakburkan doa ku… Generasi yang berkasih sayang… Generasi yang tiada hasad di dalamnya…”

“Generasi yang menangis bersama… Generasi susah bersama… Generasi yang kesenangan dikongsi bersama… Generasi bersangka yang bersangka baik selamanya… InsyaAllah memakburkan doa ku…Doa untuk Generasi ku… Generasi Tok Sidang…,” tulisnya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira dan terharu melihat keakraban keluarga Jinggo dan Sheila Rusly. Malah ada juga yang mendoakan agar mereka sentiasa dalam lindungan Allah.

Antara komen warga maya:

“Terharu tengok..jrg dapat lihat anak2 lelaki dewasa nak cium2 mcm nie sesama adik bradik lelaki..happy family. semoga doa tok sidang sentiasa dimakbulkan..”



“Didikan ibubapa makan lahirnya sebegini kalau dari kecik didik dgn sifat suka membeza2 maka akan tertanam hasad dalam hati.. moga di jauhkan dari keturunan kita semua. Aamin. Such as inspiration family tok sidang..”

“Alhamdulillah semoga Allah makbulkan doa2 tok sidang dan saya percaya didikan dan contoh yang baik2 yang tok sidang berikan sejak anak2 melihat dunia ini pastinya dan in sha Allah…semuanya akan baik2….”

“anak anak kalau dibesarkan dengan penuh kasih sayang..inilah hasilnya..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram: