“Prank jadi hantu” Gelagat Suami Terkejut Isteri Pakai Telekung Hitam Tengah Malah Undang Dekah Ramai

Lumrah jika kita melihat pasangan suami isteri bergurau senda bahkan ianya juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang diantara mereka.

Iospital phone repair gombak

Namun, lain orang lain caranya, ada pasangan yang suka bergurau manja malah ada juga yang tidak kisah untuk bergurau kasar apatah lagi jika kita menikahi kawan baik sendiri, memang masuk air lah jawabnya.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengusik suaminya yang pulang pada waktu malam mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @baebakesss, dapat kita lihat wanita itu sengaja memakai telekung hitam dan membuat prank menjadi hantu untuk terkejutkan suaminya.

Difahamkan si isteri baru sahaja selesai menunaikan solat sambil menunggu suaminya balik ke rumah.

Namun apa yang membuatkan ramai berdekah adalah dia tercegat di depan pintu sambil memakai telekung berwarna hitam untuk menakutkan si suami.


Lebih menghiburkan lagi, sebaik saja lelaki itu membuka pintu rumah, dia dilihat sangat terkejut dan membuatkan si isteri tergelak melihat reaksi suaminya.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat pasangan itu malah mendoakan semoga perkahwinan mereka sentiasa kekal bahagia.

“Haha tahu terperanjat, semoga sentiasa berkasih sayang hingga ke syurga”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh mengatakan ingin melakukan perkara yang sama jika ada pasangan kelak.

Antara komen warga maya:

“Rakam lah detik2 kenangan bersama yang tercinta.. kita tak tahu beraa lama Allah pinjamkan si dia untuk kita”

“Okay kena kahwin lepastu beli telekung hitam”


“Sebiji la perangai suami saya.. bila dah geram dia wrestling nya kita, udah la kita kecik.. ”

“Yang bujang terus rasa nak ada pasangan.. doakan saya juga bahagia seperti kalian semua”

“Kan elok macam tu.. suka tengok.. happy hingga jannah.. aamiinnn”

“Bahagianya tengok pasangan ni.. bila la yangbujang ni dapat merasa macam ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@baebakesss Hahahaha sorry baby 🤣 tak pepasal mencarut tengah malam kan #fypシ #CapCut ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong