Popular Masa Kecil, Pelakon Erynne Erynna Kini Mengandung 7 Bulan

Pelakon kecil Erynne Erynna atau nama sebenar beliau Syazlynne Erynne binti Abdullah merupakan seorang pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu kini.

Beliau mula berlakon sejak 2004 sebagai pelakon kanak-kanak dan sering membintangi pelbagai drama tempatan.

Pelakon ini bakal bergelar ibu 

Pasti ramai yang tidak menyangka pelakon ini sedang berbadan dua selepas berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada 17 April tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah 💍 17th April 2019

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on

Menerusi satu posting di laman Instagram miliknya pelakon berusia 24 tahun itu memuat naik sebuah posting gambar sambutan Aidilfitri.

Beliau yang tampil manis mengenakan baju berwarna pastel sedondong bersama suami  dan keluarganya.

Hamil 7 bulan

Kali ini beraya bersama baby dalam perut

“Selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada kami dan keluarga tercinta. Alhamdulillah syukur dapat beraya lagi tahun ni”.

“And this time plus with our lil bundle of joy in my tummy hehe. So how’s your raya so far guys?,” tulisnya #hamil7bulan.

Netizen terkejut pelakon cilik ini sudah dewasa

Posting pelakon ini turut mendapat reaksi dari netizen yang mana kebanyakannya masih tidak percaya pelakon ini telah dewasa.

Netizen juga terkejut melihat perkembangan terkini pelakon itu malah tidak menyangka Erynne bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi.

Semoga Erynne Erynna dipermudahkan semua urusan beliau dan tahniah bakal bergelar ibu tidak lama lagi.