Pernah Melalui Fasa Sukar Dalam Hidup, Elly Mazlein Syukur Dikurniakan Suami Yang Baik

Digelar sebagai selebriti serba boleh, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein ini bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah dia juga merupakan seorang penyanyi, pengacara, pelawak serta penyampai radio.

Walau bagaimanapun, siapa sangka disebalik tawa dan gelagatnya lucu sebenarnya menyimpan kisah suka duka liku-liku kehidupan.

Iospital phone repair gombak

Menerusi temu bual rancangan Keringat Selebriti di Awesome TV, Elly Mazlein telah mengenang kembali perjalanan karier seninya sepanjang lebih dua dekad apabila terlibat dalam bidang nyanyian seawal berusia 17 tahun.

Malah dia juga menyifatkan lagu ‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’ ini banyak membantu dirinya menempa nama dalam industri.

“Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik, saya dalam industri lebih 20 tahun. Tapi sebelum ada album pertama, saya memang dah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan dekat Sitiawan, Perak dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina PomPon ini mengakui dirinya bertuah kerana dikurniakan suami terbaik.

“Arwah Mama pernah pesan, walaupun suami kita suka makan Mi Segera hari-hari, dia cakap tak apa masak Mi Segera pun tak apa. Tapi kita sebagai seorang isteri, tak boleh macam itu…

“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami kita, kalau kita dah cuba buat yang terbaik tapi bukan rezeki kita dengan suami kita, maknanya itu bukan jodoh kita. Saya dah cuba buat yang terbaik, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya…” ujarnya.

 

“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami (Azlan) yang sangat baik. Saya tak pernah rasa apa yang suami saya buat ni untuk saya, anak dan bapa saya. Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah rasa berjalan dengan suami dan anak, saya tak pernah rasa semua tu sebelum ini…”

Pun begitu, dia juga mengatakan tidak pernah meminta apa-apa daripada suami melainkan kebahagiaan untuk dirinya dan anak-anak.

“Tapi Alhamdulillah Allah bagi saya peluang itu, dan saya tak minta apa-apa dengan suami. Saya cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa saya dan kesetiaan dia..” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sebak apabila mendengar fasa-fasa sukar Elly Mazlein dalam kehidupan. Malah ada juga yang memuji sikap pelakon ini yang sangat ‘humble’ dan sentiasa menghiburkan.

Antara komen warganet:

“Smoga elly mazlen & suami dn keluarga bahagia hingga ke jannah dn di murahkn rezeki..”

“One of my favorite host…tk pernah mengecewakan sentiasa menghiburkan..”


“me so sad bila tengok kak elly nangis…”

“aku minat betul-betul lagu-lagu elly mazlein ni moga bertudung 1 ari nanti..”

Video temu bual di laman YouTube: