Buat Kejutan Hari Lahir Suami, Nelydia Senrose Hadiahkan Skuter Vespa Raih Pujian Netizen

Pelakon terkenal, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini cukup dikenali dengan kecantikan dan bakat lakonan yang dimilikinya.

Malah, tahun ini juga penampilannya yang sering  mengenakan hijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji bersama suaminya itu turut raih pujian warganet di platform media sosial.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Nelydia Senrose sekali lagi telah mencuri perhatian netizen apabila membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran suaminya Mohd Hafez Halimi dan turut menghadiahkan sebuah skuter vespa berwarna biru muda ahad lalu.


Menerusi perkongsian video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok, memaparkan momen-momen ‘bersemut’ Nelydia dan suaminya yang sedang menikmati pemandangan ‘sunrise’ sambil berbual mesra.

Dapat juga kita lihat, suaminya terkejut dan teruja dengan pemberian isterinya apabila melihat sebuah motor vespa yang diletakkan di hadapan pintu masuk sebuah bangunan.

“Happy birthday my whole wide world,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap pasangan suami isteri ini yang disifatkan sangat merendah diri serta tidak gemar menunjuk-nunjuk kemesraan di media sosial mereka seperti selebriti yang lain.

Bukan itu sahaja, netizen juga suka melihat imej bertudung Nelydia Senrose kerana nampak lebih manis.

Tidak cukup dengan itu, warganet mendoakan agar pelakon ini dan suaminya sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.

Antara komen warga maya:

“suka tengok dorang simple tak menunjuk-nunjuk humble romantik…hehe lawa nelydia pakai tudung..”


“so sweet, romantic and loving couple…takde pun kalut-kalut dok tayang kat media tapi sekali-sekali tunjuk bahagia je dorang..moga bahagia sampai jannah..”

“happy birthday…ini baru betul tak menunjuk-nujuk selalu artis kita tengok bagi kereta mewah je…selamat meronda dengan scooters..”

“comelkan…sama macam orang biasa…tak ada show off pun.. sweet sangat…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@nelydiaroseHappy birthday my whole wide world♬ original sound – Nelydia

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 384.5k tontonan, 273 komen, 29.4k suka, 753 simpanan, 320 perkongsian di laman TikTok.