“Penjara minta duit Ustaz Ebit, cukai yang kami bayar p mana?” Friends of HASIL Jawab Soalan Netizen Ini

Baru-baru ini negeri Kedah dikejutkan dangn penularan wabak Covid-19 di dalam kawasan penjara.

Justeru itu, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew telah menghulurkan bantuan kepada Penjara Alor Setar dan Pokok Sena setelah mendapat permintaan.

Walau bagaimanapun, niat murni ustaz tersebut menjadi perdebatan sesetengah netizen yang mempersoalkan mengapa pihak penjara memerlukan bantuan dari orang perseorangan.

BACA: Dapat Surat Mohon Bantuan, Ustaz Ebit Lew Bergegas Hantar Bantuan ke Penjara Pokok Sena

Malah, menerusi perkongsian Twitter, ada yang mempersoalkan ke mana wang cukai yang dibayar rakyat pergi di kala negara menghadapi pandemik koronavirus ini.

Menjawab persoalan ini, laman Facebook Friends of HASIL memberi penjelasan bagaimana wang cukai yang dibayar rakyat diuruskan.

Bukan LHDN yang tentukan ke mana wang cukai dibelanjakan

Meh Admin nak kongsi sikit. LHDN memang bertanggungjawab untuk mengutip cukai langsung, tetapi hanya sebagai ejen kutipan bagi pihak Kerajaan.

Semua wang cukai yg dikutip bukan dikumpul dalam akaun LHDN. Semua wang cukai tersebut masuk ke akaun Kerajaan (ayat mudah bagi faham).

Setiap tahun Kerajaan akan bentangkan bajet yang korang tengok (kalau tengok la, tu pun nak tahu berapa BSH kan).

Jadi segala perbelanjaan tu dianggarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan.

Jadi sudah pasti soalan yg ditanya kpd LHDN ke mana duit pergi memang tidak relevan sebab bukan LHDN yg tentukan ke mana wang cukai dibelanjakan.

Perbelanjaan tambahan diperlukan

Dalam keadaan ekonomi semasa yg terkesan disebabkan oleh COVID-19, sudah tentu jumlah cukai yang dikutip juga terkesan.

Sedangkan Kerajaan telah ada komitmen perbelanjaan yang perlu dilakukan berdasarkan bajet yang telah dibentangkan.

Pandemik COVID-19 ni pula bukannya boleh dijangka, banyak perbelanjaan tambahan diperlukan untuk menangani wabak ini.

Bantuan ehsan dan ikhlas

Bantuan yg dibuat oleh UEL adalah atas ehsan dan keikhlasan beliau yg sangat terpuji. Derma kepada Kementerian Kesihatan juga adalah derma yang layak potongan cukai.

Jadi apa sumbangan anda kepada negara dalam menangani pandemik COVID-19? Jika anda adalah pembayar cukai, sepatutnya anda berbangga kerana setiap sen cukai yang dibayar oleh anda yang digunakan oleh Kerajaan untuk melawan pandemik COVID-19 di samping membangunkan kembali negara, sudah pasti ada balasan di “sana” nanti.