Pencuri Selamba Angkut Tong Gas Panjat Pagar, Tindakan Perakam Pula Undang Persoalan

Bahaya sememangnya ada dimana-mana sahaja malah pencuri ni memang pantang nampak peluang depan mata. Selagi ada peluang, selagi tu nak mencuri. Jadi kita perlu ‘extra’ berhati-hati walaupun berada di rumah sendiri apatah lagi kini pencuri sudah berani melakukan perkara terkutuk itu secara terang-terangan.
Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita sempat merakam gelagat seorang pencuri yang menceroboh rumahnya.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat kita lihat lelaki tersebut memanjat pagar rumah untuk mengambil tong gas kerana tahu tong gas tersebut ada nilainya juga jika dijual.


Kedengaran juga suara seorang wanita yang menjerit sekuat hatu sambil merakam perbuatan lelaki itu.

“Pencuri! Pencuri!” jerit wanita itu berulang kali terhadap seorang pemuda yang datang menunggang motosikal.

Malangnya jeritan wanita berkenaan tidak dipedulikan, sebaliknya pencuri terbabit mengangkat tong gas keluar dengan memanjat pagar rumah dan bersahaja beredar tanpa tindak balas cemas sebelum melarikan diri.

Kejadian dikatakan berlaku di Taman Rakan di Cheras, Selangor, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan lelaki tersebut yang selamba masuk ke dalam rumah orang dan mencuri harta benda orang lain.

“Tong gas pun kena rembat. Dah habis benda dah nak curi, tong gas pun jadi.

“Mak aih selambanya. Macam-macam sekarang.

“Bahayanya, sampai macam tu sekali berani masuk curi.

“Rumah tak ada tong gas tu, biarlah dia ambil, kita sedekah.

“Zaman sekarang ni curi tak ada sorok-sorok dah. Depan mata je, risau sangat dunia sekarang,” demikian antara komen netizen.

Bagaimana pun, ada juga yang mempersoalkan tindakan wanita tersebut yang dikatakan hanya merakam aksi pencuri itu sehingga dia beredar.

“Dia panggil pencuri, bukan panggil polis.

“Kenapa jerit, tak kejar? Pelik betul.

“Yes, kak bagus… akak dah buat syarat pertama iaitu rakam dulu,” kata yang lain.

Video yang tular dari instagram mStar:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)