“Penantian itu menyeksakan” Teruja Harap Lelaki Turki ‘Jodoh’ Duduk Bersama Dalam Pesawat, Sekali Rupa-Rupanya…

Ketika kita menaiki pengangkutan awam seperti pesawat ataupun bas ekspres, pasti kita ternanti-nanti akan siapakah penumpang yang bakal duduk di seat bersebelahan kita.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh seorang influencer ini, di mana dia menunjukkan rakan perempuannya tertanya-tanya dan ternanti-nanti akan siapakah yang akan menjadi ‘peneman’ sepanjang perjalanannya itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @zarolzarif itu, difahamkan bahawa mereka berada di dalam pesawat dlam perjalanan mereka ke Turki.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis di ruangan video tersebut, rakannya yang bernama Maksom duduk berasingan dan terpisah daripadanya.

Kelihatan tempat duduk di sebelahnya juga masih kosong.

“Maksom dapat duduk sorang, mungkin inilah peluangnya untuk dapat jodoh lelaki turkey yang handsome duduk di sebelahnya,” tulisnya.

Satu demi satu lelaki Turki lalu, Maksom masih berteka-teki siapakah yang akan duduk di sebelahnya.

Akan tetapi, harapan Maksom musnah apabila mendapati penantian ‘jodohnya’ itu hanyalah sia-sia kerana penumpang tempat duduk di sebelahnya itu merupakan seekor anjing.

Difahamkan, anjing itu milik seorang penumpang wanita yang tempat duduknya sederet dengan Maksom.

Kelihatan Maksom berasa terkejut dan agak takut apabila mendapati dirinya terpaksa duduk bersebelahan dengan seekor anjing yang berada di dalam sangkar.

Walaupun situasi itu membuatkan Maksom terkejut, Zarol dan seorang lagi rakannya tidak dapat menahan ketawa sambil merakam aksi Maksom itu.

Apakan daya harapan Makson untuk bertemu dengan lelaki Turki kacak akhirnya musnah begitu sahaja.

“Tunggu lama kot, takkan jodoh aku anjing,” tulis Zarol lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa terhibur melihat gelagat Maksom yang sangat terkejut itu.

Antara komen netizen:

“wehhh kesiannya harapan maksom dihancurkan begitu jaa HAHAHAHAHA”


“YA ALLAH DENGAN AKU AKU TAK EXPECT PART LAST SEKALI 😳😳😳 sabar lahhhh ye”

“hahahahaha mengharap yang tak pasti mmg sakit. sekali lain yang dtg.. 😂😂😂😂”

Video Tiktok yang tular:

@zarolzarif Maksom @fannarsln pun berhak bahagia di Turkey! @zuesharf dah jumpa lelaki Turkey handsome di Grocery, @amri_aziz dah dapat awek turkey cun di Cruise.. Akhirnya Maksom dapat jodoh Lelaki Turkey handsome di dalam flight guys! Ucapkan Tahniah pada @Maksom sekarang!! Thank you @Caravanserai Holidays sebab dah mempertemukan maksom dan jodohnya ! ❤️ #fyp #turkey #jodohhandsome ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey