Pelik Bagaimana Minyak Pengasih Boleh Dijual Secara Terbuka Di Media Sosial, Persoalan Gadis Ini Jadi Tumpuan Netizen

Pada zaman serba moden kini, aktiviti jualan dan perniagaan kini sudahpun dipermudahkan kerana ianya boleh sahaja dijalankan menggunakan platform media sosial.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, ada beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan ini dengan menjual barangan yang tidak sepatutnya dan boleh meruntuhkan moral.

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter mengenai persoalan akan bagaimana barangan mistik boleh dijual di laman mesra pengguna TikTok.

Sedangkan kebiasaannya, para peniaga menggunakan platform tersebut untuk menjual barangan seperti pakaian, tudung, alat kosmetik, makanan atau lain-lain.

Namun begitu, ianya sangat mengejutkan orang ramai apabila barangan mistik iaitu minyak pengasih dijual secara terbuka dan mengiklankannya di platform TikTok tersebut.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @sofearozaidi_, gadis itu berkongsikan beberapa foto minyak pengasih yang diambil daripada video TikTok yang dilihat olehnya sebelum ini.

Apa yang lebih mengejutkan ialah ada pula beberapa individu memberikan ‘review’ mereka selepas menggunakan minyak pengasih tersebut.

Berdasarkan review pembeli-pembeli itu, minyak pengasih tersebut dipuji akan keberkesanannya dan telah memberikan kesan kepada mereka.

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai meluahkan kerisauan mereka apabila barangan mistik seperti minyak pengasih ini boleh dijual secara terbuka sahaja di atas talian.

Akan tetapi, ada yang mempertikaikan kesahihan barangan tersebut dan kemungkinan ianya ‘scam’ sahaja.

Hal ini disebabkan minyak pengasih itu sangatlah mahal harganya untuk sebotol kecil iaitu dalam lingkungan harga RM 300 dan ramai juga yang mendakwa pernah melihat iklan yang serupa semasa menggunakan platform berkenaan.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular: