Pelanggan Tanya Soalan Dekat Peniaga, Tak Sangka Dia Tiba-Tiba Menangis Kerana..

Ramai diantara kita yang sememangnya mudah tersentuh atau mudah kata ‘hati tisu’. Biasanya, orang sebegini akan terkesan dengan perkara kecil ataupun melibatkan orang yang mereka cintai.
Iospital phone repair gombak
Apatah lagi bila melibatkan ibu bapa, sudah pasti ianya akan menjadi keutamaan bahkan akan sangat sedih apabila mereka sudah tiada disisi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dikatakan mengalir air mata setelah mendapat soalan daripada seorang pelanggan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aisyah_ariffin, dapat kita lihat peniaga berkenaan tidak mahu mengambil bayaran daripada pelanggannya itu kerana niat bersedekah.

Lelaki ini hanya meminta doa daripada pelanggannya untuk emaknya sebagai balasan namun dia kelihatan tidak dapat menahan sebak setelah pelanggan mengajukan satu soalan padanya.


“Time nak bayar, abang ni tak mahu ambil duit. Tiba-tiba dia kata tak payah bayar lah. Kak tolong doa je dekat mak saya. Saya tanya, mak adik pi mana? Dan dia menangis. Mak takda dah.”

“Aku cukup suka usik manusia jenis hati tisu laguni. Hat mengusik pun mak tak ada juga. Anak yatim rupanya kita,” jelasnya dalam video peniaga kedai makan tiba-tiba menangis.

Pelanggan tersebut juga turut berasa sebak kerana ianya melibatkan sesuatu yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap lelaki itu yang menyalurkan pahala kepada arwah emaknya melalui bersedekah.

Bukan itu sahaja, ramai juga netizen yang bersimpati dengan lelaki tersebut malah sempat berkongsi pengalaman yang sama dimana telah kehilangan orang yang mereka cintai.

Antara komen warga maya:

“Saya juga tak boleh orang sebut pasal mak ayah sebab keduanya sudah tiada..”

“Kenapa buat saya sebak ni.. semoga mak awak di tempatkan bersama orang2 yang beramal soleh”


“Yesss kalau sebut pasal mak dengan ayah auto mata berair.. kadang2 nak cakap pun tak boleh dah”

“Rindu yang tak pernah hilang”

“Walaupun aku seorang yang garang.. tapi sebut bab mak ayah hati aku jadi lemah..”


Video yang tular di laman TikTok:

@aisyah_ariffin Aku cukup suka usik manusia jenih hati tisu laguni . ☺️ hat mengusik pon mak xda jugak 🙃 anak hatim rupanya kita @NasiAbeWok #12bersaudara ♬ bunyi asal – Bby 🤍 – .