Pelajar Perubatan Berusia 20 Tahun Sanggup Makan Sisa Makanan, Akui Enggan Bebankan Ibu Bapa

Demi tidak menyusahkan ibu bapa, pastinya ramai individu yang melanjutkan pelajaran akan mencari kerja separuh masa bagi menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan harian.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, ada juga segelintir daripada mereka yang hanya mampu mengikat perut dan bergantung kepada duit elaun semata-mata kerana kekangan masa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar hanya makan sisa pelanggan di restoran untuk menyara hidup mengudang sebak ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Uncle Kentang di laman Facebook, pelajar berusia 20 tahun itu dia hanya menerima RM100 sebulan.

Oleh kerana hendak berjimat, pelajar itu kerap dilihag menunggu diluar kedai makan pada pukul 9 malam untuk melihat jika ada meja yang tertinggal.

Tindakan nya itu dikatakan kerana tidak mahu membebani kedua ibu bapanya.

Disebabkan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Uncle Kentang datang berjumpa budak lelaki tersebut dan difahamkan dia merupakan pelajar perubatan di universiti swasta dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang dengan mendapat 11A dalam SPM. Malah, pelajar itu menjelaskan bahawa yuran kursus perubatannya mahal iaitu berjumlah RM270,000.

Biasiswa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM250,000 yang diperolehnya tidak mencukupi untuk membantu.

Disebabkan kekurangan pendapatan dan yuran pengajian yang mahal, pelajar itu tidak mahu meminta wang lebih dan lebih suka makan lebihan daripada membebankan ibu bapanya apatah lagi kini ayahnya hanya bekerja sambilan makanan ibunya sebagai seorang suri rumah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai perkara tersebut bahkan ada juga yang mempersoalkan mengapa dia tidak bekerja ‘part time’ untuk mencari wang lebih.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan mungkin selain pinjaman PTPTN, dia boleh meminta biasiswa JPA kerana keputusan SPM dia yang cemerlang.

Dalam masa yang sama netizen simpati melihat nasib pelajar berkenaan bahkan ada yang mahu menyumbangkan sedikit bantuan agar dia boleh fokus dalam pelajaran.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular: