Pekerja Restoran Temui Ajal Selepas Pegang Bungkusan Di Atas Bonet Kereta Undang Kebimbangan Ramai

Malang tidak berbau bahkan ajal maut juga sememangnya di tahan tuhan dan siapalah kita sebagai hamba untuk menidakkan segala takdir.
Iospital phone repair gombak
Terbaru, Seorang tukang masak maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta meletup berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah buat ramai terkejut!

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat bunyi letupan di kejadian, jam 8.55 malam tadi.

“Mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun mendapati terdapat satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet Toyota Corolla Altis berhampiran restoran dia bekerja.

Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, berlaku letupan yang dipercayai daripada bungkusan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa yang parah pada bahagian badan dan tangan dibawa oleh orang awam ke Hospital Ampang.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.45 malam tadi di Hospital Ampang.

“Siasatan di lokasi kejadian juga menemui berapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemek pada kereta mangsa,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya.


Menerusi video yang tular kelihatan suasana bertukar cemas dan beberapa pasukan penyelamat seperti polis dan bomba turut berada di kawasan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui terkejut melihat perkara tersebut sekaligus mendoakan mangsa dan berharap orang ramai akan lebih berhati-hati serta peka dengan keadaan sekeliling.

Antara komen warga maya:

“Aah semalam ada dekat Pandan Indah.. memang ramai gila polis.. tak berani nak gi dekat..”

“Ada parcel tinggal depan kereta dia, bila alih dia letup”


“Melampau ni.. PDRM mohon cari sampai dapat orang yang berniat membunuh ni.. tali gantung la hukumannya”

“Selalu tengok dalam TV dekat negara barat je jadi.. tak sangka jadi dekat sini juga”


Video yang tular di laman TikTok:

@evantwkThe scene of the explosion – Pandan Indah

♬ Police – David Angelux & DiexD & David Angelux & DiexD

@evantwkPolice check until midnight.. Self made boom and the Explosion kills one victim 🙏🙏🙏

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar