Pegang Foto Sambil Panggil ‘Ayah’, Anak Arwah Abam Buat Netizen Sebak

Kehilangan seorang anak seni dalam industri hiburan sememangnya memberikan impak yang besar kepada keluarga dan peminat-peminatnya. Manakan tidak, mereka lah yang sentiasa menghiburkan dan memberi gelak ketawa dalam kehidupan kita.

Sedar atau tidak , sudah dua tahun permergian seorang pelawak yang terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan sekaligus menjadi dugaan yang berat buat sahabat baiknya Achey dan Fad yang pernah berjuang bersama-sama dalam pentas komedi.

Pun begitu, baru-baru ini isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali ini telah berkongsikan sebuah video yang mengundang sebak netizen.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, kelihatan anak lelakinya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sedang menyusun gambar arwah Abam di dalam dompet milik ibunya sambil menyanyi keriangan.

“Selamat pagi Hari ini hamzah susun GAMBAR Ayah dkt wallet Ibu pandai Anak ibu ni..” tulis Hidayah di ruangan kapsyen.

Di dalam video tersebut juga, Hamzah seolah-olah masih mengingati wajah bapanya walaupun seperti tidak memahami apa yang berlaku. Apa yang menyetuh hati apabila anak lelakinya memegang gambar tersebut sambil menyebut panggilan ‘ayah’ beberapa kali dengan nada yang gembira.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa hiba dan sebak apabila dia menyebut panggilan ‘ayah’ ketika memegang foto arwah Abam. Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar anak lelaki pasangan ini membesar menjadi anak yang soleh dan boleh menjaga ibunya.

Antara komen warganet:

“Sebak aunty dgr hamzah sebut nama ayah..ayh hamzah rmai org syg, suka berjenaka dan baik orgnya..hamzah jaga ibu baik2 tau, semoga jadi anak soleh ye..”


“Alahai..comelnya Hamzah..tembam..”

“Hamzah anak soleh…hamzah belajar rerajin nanti ya, jaga ibu. Kena kuat selalu..”


“Mesti Hamzah rindu sgt dgn ayah kan semuga arwah ayah Hamzah ditempatkan diklgan org yg beriman Aamiin..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Sekadar info, Abam telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Hasil perkogsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.