Terdahulu, puteri sulung usahawan kosmetik popular, Cik B telah menjadi perbualan hangat di platform media sosial apabila tular mengenai persalinan bajunya yang dikatakan bernilai lebih RM 600,000.
Manakan tidak, jam tangan yang dipakainya sahaja berjenama Chopard dan bernilai RM 530,000.
Pun begitu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini telah membidas komen-komen negatif warganet yang mengatakan dirinya mempunyai wang yang banyak tetapi ‘tasteless’ dalam berfesyen.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Cik B di laman Twitter ini, dia menjelaskan sebab-sebabnya yang memilih untuk mengenakan pakaian yang serba mahal itu.
“Baju tu beli tahun lepas tahun ni baru first time pakai 😂 cikb main rembat je apa dalam almari asalkan selesa. bukan nak flex atau style sangat pun hehe. kenapa semua panas? Ada masalah ke?” balasnya.
Menurut Cik B, baju tersebut dibeli pada tahun lepas dan baru berkesempatan untuk memakainya. Tambahan pula, baju yang dipakainya sebelum ni semua adalah’ bundle’ dan jika tidak memakai baju berjenama itu nanti akan rosak kerana dibiarkan di dalam almari.
Pun begitu, Cik B mengatakan dia mahu tampil selesa dengan baju yang digayakan dan bukan untuk menunjuk-nujuk ataupun untuk ‘style’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Cik B agar terus menjadi diri sendiri dan mempedulikan kata-kata orang lain dengan penampilannya. Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan individu tersebut tiada ‘point’ tetapi mencari alasan untuk dijadikan kontroversi.
Antara komen warganet:
Perkongsian yang tular di laman Twitter: