“Patutlah pening..” Video Sebalik Tabir Babak Aksi Mat Kilau Didedahkan, Netizen Tampil Beri Pendapat

Terdahulu, filem tempatan Mat Kilau ini telah meraih sambutan yang hebat oleh penonton dari pelbagai golongan terutama sekali keluarga. Bahkan filem ini antara filem Melayu yang pecah panggung dan mencetus fenomena.

Manakan tidak, sejak ditayangkan ramai yang memberikan maklum balas yang positif malah ada juga yang tidak gemar dengan teknik babak-babak filem itu.

Pun begitu, filem arahan Syamsul Yusof ini turut ditayangkan di Netflix 16 September lepas dan telah mengundang pelbagai kritikan di platform media sosial kerana ada yang menyifatkan babak aksi kucar-kacir serta skrip yang digunakan kurang menarik.

Namun, terdapat sebuah video yang menunjukkan ‘behind the scene’ babak aksi ini telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @m.zulhanapi ini, memaparkan di sebalik tabir babak pertempuran dalam filem tersebut. Di dalam video itu juga kelihatan beberapa jurukamera serta pengarah Syamsul Yusof yang memegang kamera sambil digoyang-goyangkan oleh yang lain malah mereka juga turut berlari untuk merakamkan babak berkenaan sekaligus membuatkan ia banyak bergegar.

“Pening seorang penonton=gigih seorang director. Boleh improve lg next movie..” tulisnya di ruangan kapsyen.  Turut tertulis di video berkenaan ““Ooo patutla masa tengok scene lawan rasa pening”.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji teknik rakaman oleh pengarah dan beberpa jurukamera di sebalik tabir itu supaya tidak nampak membosankan seperti drama yang statik.

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi pelbagai reaksi dan meluahkan pendapat masing-masing tentang babak-babak filem tersebut.

Antara komen warganet:

“Apa yg aku tahu… Setiap kali scene perang, fight or scene yg sedang rancak stail yg paling sesuai ialah movement dan pertukaran angle mesti lah…”



“orang tahu complaint je bang dia tak tahu fight scene tu movement camera la paling utama..”

“pengarah kena pegang kamera sekejap sebab hanya pengarah je yg faham die nak angle camera yg mcm mana..”


“Tapi scene yg perang mcm ni syamsul hebat la ade kepakaran actually tk pening pun klau air force peningg..”

 


“lebih 10 org berlawan ingat mudah nak handle..silap silap nak cakap cut actor tak dengar..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@m.zulhanapi Pening seorang penonton=gigih seorang director. Boleh improve lg next movie #matkilau #matsakau #fyp ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman