“Patut dicontohi..” Masih Pakai Kasut Lusuh Ke Sekolah, Kawan Pakat Ramai2 Kumpul Duit Belikan Baru!

Tidak semua orang mampu menikmati kehidupan senang dan serba mewah.

Iospital phone repair gombak

Oleh itu sebagai manusia yang prihatin, kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong dan bertolak ansur terhadap satu sama lain terutamanya kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @rfirzl_ itu, kelihatan seorang pelajar memakai kasut lusuh ke sekolah telah menarik perhatian orang ramai.

Namun begitu, orang ramai tersentuh apabila melihat rakan-rakan pelajar itu yang sanggup mengumpulkan duit masing-masing untuk membelikan kasut baru buat pelajar tersebut.

Dapat dilihat beberapa orang rakannya mengumpul duit bersama-sama untuk mencapai target sebanyak 217,000 rupiah yang bernilai RM 63 di Malaysia.

Di akhir video, rakan-rakannya itu menghadiahkannya sekotak kasut baharu kepadanya.

Kelihatan pelajar itu tersenyum ceria dan sorak gembira bersama rakan-rakannya di sekolah itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 13.4M tontonan, 2.1M tanda suka, dan 41.8K komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan bangga kerana masih ada anak-anak yang menyebarkan kebaikan kepada orang ramai di luar sana.

Malah ada yang berpendapat bahawa video ini boleh dijadikan sebagai ikutan untuk orang ramai.

Ada juga individu yang berkongsikan pengalamannya yang serupa dengan situasi berikut.

Antara komen netizen:

“Ibu bapa yang pandai mendidik serta guru guru & kawan kawan yang baik. Terima kasih jadi orang yang baik. Salam dr 🇲🇾”


“panjang umur persahabatan!!! jaga terus persahabatan ini dek, gue jg punya sahabat2 dari smp sampai skrg udah hampir 13 tahun”

“Temen ku dulu hpnya ilang di sekolah dia takut dimarahin mamanya. terus temen2nya satu kelas sumbangan beliin hp yg sama persis yg second🥺❤️”

“keren banget kalian. yg kaya gini wajib viral, sangat faedah dan patut dicontoh. sukses ya adik2🥰”

“panjang umur kebaikan,semoga kalian jadi orang sukses saya yakin berawal dari kebaikan bakal membawa kesuksesan”

Video TikTok yang tular:

@rfirzl_ 🥺@SMPN 3 Tasikmalaya ♬ original sound – maria!