Pasang Yassin Untuk Halau Hantu Di Asrama, Gelagat Pelajar Bukan Islam Ini Buat Netizen Terhibur

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat disangkalkan kerana dia juga merupakan ciptaan Tuhan yang hidup di alam lain dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Iospital phone repair gombak
Adakalanya mereka akan memberikan ‘hint’ kepada manusia bahawa mereka ada disekitar kita contohnya dengan mengalihkan barangan, membuat bunyi seperti ketukan dan banyak lagi.

Tidak dinafikan, ianya membuatkan manusia berasa tidak selesa dan takut. Pun begitu, setiap agama memiliki kaedah tersendiri jika berhadapan dengan situasi tersebut.

Seperti agama islam, mereka diajar doa-doa yang boleh diamalkan bagi menghindarkan diri daripada makhluk ghaib.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar berkongsi bagaimana rakan sebiliknya yang berbangsa Cina melindungi diri daripada rasa takut oleh gangguan hantu mencuri perhatian ramai.

Dapat kita lihat, rakannya itu memainkan sebahagian daripada Surah Yassin yang ada di Youtube dan gelagatnya ini membuatkan ramai terhibur.


Manakan tidak, lelaki ini mengatakan ini adalah kali pertama dia menyaksikan seorang bukan Islam beralih kepada kitab Islam untuk menghalau hantu dan roh jahat.

“First time aku jumpa member cina buka surah yasin” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur malah sempat berkongsi pengalaman mereka bagaimana rakan-rakan yang bukan islam menggunakan kaedah orang islam bagi menghalau hantu.

Antara komen warga maya:

“Dulu kat asrama ada orang kena rasuk.. satu asrama azan.. member cina aku pon ikut azan..”

“Bos aku pula masa meeting haritu tetiba mic bunyi sendiri lepastu dia tanya, semua orang kat sini dah solat kan? so dia rasa selamat sikit”


“Kat taman rumah aku developer cina bagi duit untuk surau buat bacaan yasin dan doa selamat supaya project perumahan dia lancar”

“Dr aku bangsa cina, setiap kali nak buat procedure dia baca bismillah dulu supaya urusan dia dan pesakit dipermudahkan”


Video yang tular:

@emadhakimiyy first time aku jumpa membe cina bukak surah yasin..🤣#fyp #fypage #fypdongggggggg ♬ original sound – emadhakimiyy