Papan Tanda Restoran ‘Fast Food’ Terkenal Hangus Curi Tumpuan Ramai

Kemalangan bukanlah satu perkara yang boleh dijangka tidak kira tempat ataupun masa. Bukan setakat kemalangan jalan raya sahaja, malah apa-apa perkara yang berlaku sehinggakan mampu mengancam keselamatan seseorang juga dianggap sebagai kemalangan.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di platform media sosial dengan papan tanda restoran makanan segera terkenal telah terbakar di Johor Baru dan laluan jalan raya bersebelahan telah ditutup bagi keselamatan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @Hazrey di laman Twitter ini, merakamkan kejadian signboard Mcdonalds yang sedang mula marak itu meraih perhatian warga maya di laman Twitter.

Memetik laporan Astro Awani, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan 11 Moha Kamal Shaari memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6:50 petang.

Seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Pihak bomba berjaya padamkan kebakaran dan selesai jam 7.16 malam dan 80% dari papan tanda Mcdonald’s tersebut hangus terbakar. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Dalam pada yang sama, salah seorang warga Twitter yang lain juga memuat naik satu ciapan yang menunjukkan keadaan papan tanda tersebut selepas dipadamkan oleh pihak bomba.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya dilihat telah mengambil peluang untuk berseloroh dengan menyunting gambar serta video asal kejadian menjadi lebih ‘estetik’ untuk perkongsian ramai.

Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan mungkin ini adalah satu teknik ‘marketing’ untuk mengeluarkan produk baharu.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter: