Pandai Baca Siap Hafal Surah Lazim Termasuk Yassin, Gadis India Ini Raih Pujian Netizen

Sebagai umat islam, menghafal surat lazim antara salah satu perkara yang diajar daripada usia yang muda bahkan kita juga perlu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Iospital phone repair gombak
Setiap surah yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran memiliki kelebihannya yang tersendiri. Pun begitu, percaya atau tidak masih ada segelintir dari kita yang masih belum dapat menghafal surah-surah itu.

Berbeza pula dengan kisah yang tular barubaru ini dimana seorang wanita berbangsa india akui mengahafal surah-surah kecil nyata membuatkan ramai terkejut.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lan5388, kelihatan gadis India itu sedang membuat live di TikTok bersama seorang wanita.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila wanita berbangsa India itu dilihat membaca huruf Jawi dan beberapa surah lazim dengan begitu lancar sekali.

Apabila dia menghafal surah An-Naas dari mula sampai akhir, wanita bertudung biru itu dilihat terkejut kerana tidak sangka orang berlainan bangsa pun tahu tentang Islam.

Dia juga akui menghafal Surah Yasin sehingga habis malah semoat berseloroh mengatakan sering membaca Ayatul Kursi ketika sedang takut atau melihat entiti misteri pada masa kecil.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh wanita ini kerana tidak semua orang dapat menghafal surah.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji kecantikan wanita tersebut sekaligus mendoakannya agar mendapat hidayah satu hari nanti.

Antara komen wargamaya:

“Pandainyaa dia.. aku pun tak hafal Yassin malunya”

“Kalau aku jumpa hantu tak sempat baca ayat kursi, aku lari dulu”


“Wow hebatnya pandainya cantik.. semoga hidayah milik dia”

“Bila dia baca aku menangis, bukan islam pun baca dan hafaz..”

“Perghh power semoga dia mendapat hidayah dari Allah.. semoga adik ni terbuka hati..”

“Weh silap2 dia lagi hafal surah dari sebahagian kita ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@lan5388smoga mendapat hidayah…😊😊🤲🤲 Amin..

♬ original sound – lan538