“Paling best penat balik jauh-jauh, dapat peluk isteri dan anak-anak.” – Ebit lew

Menyediakan nafkah sudah menjadi tanggungjawab bagi seorang suami dan ayah. Namun begitu, kebahagiaan keluarga bukan terletak pada wang ringgit semata-mata.

Kasih sayang dan perhatian amat perlu bagi membina keluarga yang bahagia.

Satu perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew di Facebook berkenaan keluarga telah menyentuh hati netizen.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

Paling best setelah penat balik jauh-jauh. Dapat peluk isteri dan anak-anak. Itulah ingatan ke mana-mana pun. Nak tidur dekat rumah. Walau jauh. Pernah sekali balik waktu malam. Tolak pintu. Anak sulung tidur depan pintu.

Masa tu umur 5 tahun. Safiyyah kenapa tidur sini? Jawabnya dengan menangis.

“Rindu ayah. Nak peluk ayah. Nak terbang dengan ayah.”

Saya dukungnya hantar masuk bilik. Dia menangis peluk saya. Masa pagi nak keluar rumah anak no 2 tidur dekat pintu. Kecil lagi menangis tak nak lepaskan saya.

Sepanjang dalam kereta menangis pohon doa Allah beri kekuatan. Rasa bersalah pada anak-anak. Rindu sangat pada bidadari dan anak-anak.

Satu hari tu..anak dah 4 orang. Safiyyah dah 10 tahun. Dua adik yang kecil peluk saya melompat. Hari tu terlepas nak salam dan peluk sayang sulung.

Dia sandar tengok saya dari jauh. Anak lelaki lambai dari bilik. Saya rasa bersalah pada mereka.

Dah malam pergi bilik safiyyah. Doakan dan cium dia dah tidur. Doa Allah jaga bidadariku dan anak-anak.. Maafkan ayah,safiyyah.

Tiba dia terjaga. Ayah,dengan nada perlahan dan tangisan,katanya..kakak rindu dekat ayah. Peluk saya menangis. Ayah,kakak rindu dekat ayah…dia peluk kuat-kuat.

Saya terbangkan dia. Dukung dia. Dia menangis happy rindu sebak sedih semua ada.

Pergi bilik anak no 2. Dia peluk saya rindu menangis. Ya Allah kadang kita terlupa dan terlalu sibuk terlupa nak peluk anak-anak.

Bagaimanalah rindunya bidadari saya. Penatnya dia seorang diri. Ya Allah berilah kesihatan dan kekuatan buat dirinya. Begitu juga buat anak-anak.

Ya Allah jadikanlah perpisahan dan kesibukan ini jadi asbab hidayah buat anak-anak dan hidayah seluruh alam.

Pelukan dan kasih sayang teramat penting buat ahli keluarga. Janganlah lupa pegang tangan dan peluk keluarga setiap hari – ebitlew