Padam Semua Gambar & Unfollow Mira Filzah Di IG, Peminat Risaukan Remy Ishak

Remy Ishak antara nama besar dalam industri tanah air yang sering meniti di bibir peminat drama dan filem negara.

Beliau merupakan seorang pelakon yang berbakat besar dan sering berjaya melakonkan setiap watak yang diberi dengan berkesan.

Remy Ishak bersih dari gosip

Membiarkan kejayaan seninya lebih mendominasi dalam populariti yang diraih, Remy antara pelakon yang bersih dari pelbagai gosip.

Membintangi filem Sangkar bersama Mira Filzah dan Zul Ariffin, sangkar antara filem yang berjaya bagi penutup 2019 Remy Ishak.

Remy Ishak buang semua gambar di Instagram

Terbaru, pelakon kegemaran ramai itu dilihat kurang aktif di laman sosial beliau yang mempunyai seramai 1.5 juta pengikut di Instagram.

Bukan itu sahaja, Remy juga dikatakan telah membuang semua gambar yang dikongsikan di Instagram sebelum ini.

Tindakan pelakon itu bagaimanapun telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan terutama kepada peminatnya.

Remy dikatakan tidak lagi mengikuti Mira Filzah di Instagram

Selain itu, pelakon kacak itu juga dikatakan tidak lagi mengikuti pelakon Mira Filzah di Instagram sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Remy Ishak atau nama sebenar beliau Mohammad Zalimei lahir 11 April 1982 Beliau mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006.

Beliau mula meraih populariti menerusi drama Nur Kasih yang bergandingan bersama Tiz Zakiah arahan Kabir Bhatia.

Kehilangan ayahanda tercinta

Sebelum ini pelakon itu ada berkongsi berita sedih kehilangan ayahanda tercinta pada 21 December lepas.

Berita duka itu turut mendapat reaksi rakan-rakan artis dan peminat hiburan tanah air yang turut mengucapkan takziah atas kehilangan beliau.