Oyen Datang Hospital Minta Rawatan, Keprihatinan Jururawat Balut Kaki Oyen Undang Sebak Netizen

Setiap makhluk di atas muka bumi ini wajar disayangi dan dikasihi tidak kiralah antara kita sesama manusia, haiwan ataupun tumbuhan. Bencana atau kecelakaan boleh terjadi kepada kita semua termasuklah haiwan. Mereka juga sering kali terdedah dengan pelbagai insiden.

Sama seperti seekor kucing yang telah tular menerusi satu perkongsian video mengenai seekor kucing telah datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan.

Menerusi perkongsian tersebut, kejadian yang melibatkan seekor kucing berwarna oren itu dipercayai berlaku di salah sebuah hospital di Selangor.
Oyen datang hospital minta rawatan
Dalam video itu, dapat dilihat Oyen mengalami kecederaan di bahagian kaki hadapanya. Oleh itu, kucing tersebut dilihat berjalan dengan berjingkit-jingkit seakan menahan kesakitan.

Kemudian seorang jururawat yang terlihat Oyen telah membantu membawa kucing berkenaan ke bilik rawatan.

Kaki Oyen dah berbalut keluar dari bilik rawatan

“Kelihatan seorang jururawat lalu di situ dan segera menghantar ke bilik rawatan,” tulis muat naik video tersebut.

Selang beberapa minit kemudian, kucing tersebut dilihat keluar dari bilik rawatan dengan balutan pada kaki hadapannya.

Terbaik jururawat bantu rawat Oyen

“Kisah seekor kucing bernama Oyen pergi Hospital Selayang nak buat rawatan tangannya cedera. Tak tahu sebab apa. Terbaik jururawat-jururawat dekat sini amat sporting sekali. Dengan haiwan pun diorang bantu juga memberikan rawatan terbaik,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Salah seorang daripada pengguna kemudiannya meninggalkan komen bahawa kucing itu telah diambil oleh sebuah keluarga.

“Dah ada insan yang baik hati ambil dia haritu. Tak sempat nak ambil gambar akan tu dengan keluarga dia. Doakan mereka sekeluarga murah rezeki ya,” tulis seorang netizen

Video berdurasi 47saat itu telah menerima pelbagai reaksi dari warga maya yang memenuhi ruangan komen video tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Tq nurse sudi rawat oyen, semoga oyen cepat sembuh dan sihat seaadanya.”


 

Video yang tular di laman TikTok :

@enoasan2 kisah seekor kucing bernama oyen pergi hospital selayang nak wat rawatan tangan nye cedera x tau sebab ape, terbaik nurse2 kat sini amat sporting sekali, dengan haiwan pun diaorg bantu juga memberikan rawatan terbaik.. #oyen #kucing #hospitalselayang #oyensakit ♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr