“Orang umah aku ada anxiiety, tak perlu kaitkan dia” Shuib Bengang Dengan Netizen Twitter

Demam motor Y Suku dikatakan menjadi satu fenomena di kalangan peminat motor di negara ini tanpa mengira peringkat umur.

Disamping itu, beberapa artis yang juga meminati dunia permotoran antaranya Zizan Razak dan Shuib Sepahtu turut memiliki motor keluaran terbaru ini.

Namun, terdapat segelintir yang tidak berpuas hati dengan mereka apabila turut menyerrang isteri kepada Shuib Sepahtu mengenai isu motor tersebut.

Siti Sarah sebelum itu hanya menegur “Hi Twitter! I’m here” dan tanpa sebab Siti Sarah Raisuddin diejjek segelintir warga Twitter sebagai isteri kepada fenomena Ysuku.

Tindakan sesetengah netizen itu membuatkan Siti Sarah berasa sedih dan tidak faham dengan perangai segelintir warga Twitter.

“Astaghfirullahhalazim. Baru buka Twitter dapat seraangan yang macam ni? Dia orang ni tak faham ke I ada anxiiety?

“Sedih kadang segelintir orang yang macam ni yang nak seraang isteri, anak orang. Takpalah saya doakan agar korang berdua dimurahkan rezeki supaya apa segala hajat korang dapat beli Insyallah”.

“Saya doakan juga moga korang diberi kebahagiaan supaya senang dengan kebahagiaan orang lain, dibukakan pintu rahmat buat kalian sekeluarga amin amin amin ya robbal alamin,” tulis Siti Sarah pada entri di Instagramnya.

Shuib Sepahtu tidak berdiam diri dan memuat naik kembali entri tersebut di Instagram miliknya mengenai perkara itu.

Sudah-sudah lah kot isu ‘Fenomena’ ni, nak dijadikan bahan ejekkan ke atau macamana bro?

“Orang rumah aku @sitisarahraissuddin ni ade anxiiety, jadi rasanya tak perlu kaitkan dia kot eh,” tulis Shuib.

Namun begitu, ramai netizen meninggalkan komen agar Shuib bersabar, termasuklah pelakon pujaan ramai Remy Ishak.

“Kau nak aku hentakk budak-budak ni ke Sudin? Sabar ye din. Nanti aku dengan Pak Imam pegi kutip budak-budak ni. Kau relax je,” komen Remy dalam nada bergurau.