“Orang dalam kedai gelakkan dia” Netizen Tak Sangka Akhirnya Lelaki Ini Dapat ‘Jentik’ Hati Orang Ramai Untuk Jadi Manusia!

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya bahkan terkadang kita ditemukan oleh seseorang yang tidak diduga hanya untuk mengajar kita sesuatu perkara.
Iospital phone repair gombak
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki menceritakan bagaimana dia memperhati seorang pemuda yang dilihat tidak waras dari segi akal fikiran dan luarannya telah mengajarkannya tentang kemanusiaan dan pengorbanan mencuri perhatian ramai.

“Hari tu masa beli barang aku nampak dia ni beli roti. Sepanjang dalam kedai nampak bro ni cakap sorang-sorang.”

“Dalam hati rasa dia ni mungkin ‘tak berapa sihat’ kot. Orang dalam kedai tu pun gelak-gelak je dekat dia. Walaupun macam tu, dia bayar roti tu bukan ambil free,” katanya dalam video jentik hati orang ramai untuk jadi ‘manusia’.”


Namun lepas daripada itu, lelaki ini terkejut apabila dia melihat dengan mata kepalanya sendiri apabila roti yang telah dibayar dikongsikan dengan burung-burung yang ada di sekitar tempat duduknya.

“Tapi apa yang aku nampak lepas tu cukup menjentik hati. Aku yang sihat ni pun kadang kala berkira nak bersedekah.”

“Thanks bro tolong ingatkan aku yang selalu terlupa ni. Jangan pandang orang sebelah mata. Mungkin dia lebih baik di sisi Allah,” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak membaca perkongsian lelaki ini malah menasihatkan orang ramai agar tidak memandang seseorang dengan hanya sebelah mata sahaja bahkan cepat menilai seseorang hanya daripada paras rupanya.

“Kadang-kadang orang macam ni yang masuk syurga. Pengalaman punya saudara macam ni. Urusan jenazah mudah sangat. Wajahnya berseri-seri ketika dimandikan. Allahuakbar,”- Netizen

Antara komen warga maya:

“Aku tak leh tengok orang macam ni.. kesian.. dia lebih baik dari kita yang sempurna ni..”

“Haiwan pun mendoakan untuk kita jika kebaikan untuknya ada dari kita”

“Kita selalu tersilap menilai.. jangan pernah melihat luaran.. lihat dengan mata hati.. berfikir yang baik2..”


Video yang tular di laman TikTok:

@jarirharun Jangan pandang orang sebelah mata. Mungkin dia lebih baik di sisi Allah 😔 #bostepen #fyp #sedekah #tepenyongtaufoo ♬ Wahai Pemilik Jiwa – Opick