Nyanyi Lagu Dodoikan Anak, Tapi Lirik Nak Perli Si Ibu Pula Undang Dekah Netizen!

Kebiasaannya tugas menjaga anak akan diberikan kepada ibu manakala si ayah akan melakukan tugasan yang lain seperti membantu mengemas rumah ataupun keluar mencari rezeki.
Iospital phone repair gombak
Bagaimana pun, adakalanya para ibu perlu melakukan tugasan yang lain dan ayah akan mengambil alih tugasan isteri untuk menjaga anak-anak.

Namun, menjaga anak bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika anak masih kecil. Pastinya ia memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya apabila ingin menidurkan mereka.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang ayah mendodoikan anaknya untuk tidue mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @daddyqaisarah, dapat kita lihat seorang ayah sedang menidurkan anaknya yang masih kecil di salam buaian.


Dek kerana anaknya menangis, si ayah cuba menyanyikan lagu untuk mendodoi anaknya namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah ayahnya menyanyikan lagu viral bapa-bapa di TikTok untuk menidurkan anak mereka!

“Adik jangan nangis ibu nak main handphone, adik jangan nangis ibu nak main handphone,” nyanyinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat lelaki ini ketika menidurkan anaknya.
“Masalahnya kadang-kadang bapak-bapak pun sama naik main handphone dengan maknya” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga para bapa yang tampil mempertahankan lelaki ini dengan komen-komen yang lucu.

Antara komen warga maya:

“Tersedakkkk sis dengar lirik lagu bapaknya lah haiii”

“Kalau macam ni bertambah nangis adik tu..”


“Aku ingat aku sorang je nyanyi lagu ni.. ada gang rupanya”

“Main fon tu macam me-time kejap”

“Lama pendam tu..”

“Mantap la bang kami dari persatuan bapak2 akan mempertahankan abang”

“Hahahaha bapaknya pun perli dalam lagu eh”

“Sebab tu, aku dah taknak beranak dah.. aku nak main henpon”

“Adik jangan nangis abah nak main ml”


Video yang tular di laman TikTok:

@daddyqaisarah♬ original sound – “ARRADIYYAH”