Niat Nak Bagi Buah, Wanita Terkejut Hampir Kena ‘Tibai’ Dengan Nenek Ni

Berkongsi rezeki sesama insan merupakan amalan yang sangat mulia malah kita juga diajar untuk beradab dengan insan yang lebih tua dan menghormai antara satu sama lain.
Iospital phone repair gombak
Selalunya kita lihat dimana orang akan bersyukur apabila ada insan yang ingin berkongsi rezeki malah menghargai pemberian tersebut apatah lagi jika pemberian itu daripada kalangan anak muda.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baur-baru ini dimana seorang gadis hanmpir dipukul apabila seorang warga emas bertindak agresif sewaktu gadis tersebut mendekatinya untuk memberikan buah tangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nshzly_ kelihatan seorang gadis semasa itu sedang berada di tepi sebuah jalan untuk berjumpa dengan seorang nenek.

Difahamkan, dia pada awalnya mahu memberi sedikit buah kepada nenek itu. Tetapi, sebaik saja nenek itu menoleh, dia seperti mahu memarahinya.

Lebih cemas, nenek itu seakan hendak mengamuk dan mengangkat penyapu untuk ‘tibai’ wanita itu. Dia yng dalm ketakutan bagaimana pun melupakan sahaja hajatnya untuk memberikan buah tangan itu.


Menurut ibunya, nenek itu melakukan perkara tersebut kerana keadaannya yang kurang sihat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai situasi tesebut bahkan ada juga yang berseloroh mengatakan nenek tersebut mungkin marah kerana wanita itu memakai baju yang lebih kurang sama dengannya.

“Mak cik tu fobia dengan YB tengah berkempen agaknya” – Netizen

Antara komen warga maya:

“ah takda jangan nak curi pahala aku”

“dah la baju nak sama”


“Nak kasi buah jambu dengan duit sikit.. saya pun tak tahu nenek ni sakit..tu pun umi bagitau baru tahu”

“Nenek tu stress agaknya tak tahu nak undi parti mana”

“Dia marah pakai baju sama tu”

“Nenek tu ingat wakil rakyat mana time susah baru nak datang, tu yang marah tu”

“Nenek tu marah sebab beli baju sama butik dengan dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@nshzly_Dah la nenek saya majuk🙄😭

♬ original sound – nuyulufeas