Niat Nak Ambil Gambar Untuk Hantar Report, Lelaki Terakam Penampakan Tangan Buat Ramai Seram

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.

Iospital phone repair gombak

Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang di sekitar mereka.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki terakam sesuatu yang aneh mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ariflicious_ di Twitter, pada awalnya dia berniat untuk mengambil gambar siling itu sekadar untuk membuat report wiring selepas siap pemasangan.

Namun apa yang membuatkan ramai meremang adalah dia terakam satu gambar penampakan beberapa jari berwarna hitam di atas sebuah siling.

Lelaki itu juga berkata bahawa agak mustahil untuk orang naik ke atas siling kerana ia nipis dan mudah patah.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, ciapan ini telah menerima 274.9K tontonan, 747 retweets, 82 quote tweets, dan 2271 tanda suka di laman platform sosial tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seram dengan penampakkan tersebut malah ada yang berseloroh mengatakan ianya sama seperti dalam cerita Wednesday.

“Eh ni bukan thing dalam cerita wednesday tu ke?” – Netizen

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: