“Ni mesti drifter dulu..” Nenek Penuh Gaya Main Bumper Car Seperti ‘Pro’ Raih Perhatian Ramai!

Siapa sahaja yang tidak suka main permainan di ‘fun fair’ bukan?

Iospital phone repair gombak

Fun fair ini mempunyai pelbagai jenis aktiviti dan permainan misalnya seperti Merry-Go-Round, Ferris Wheel, rumah hantu dan lain-lain lagi.

Dan seperti yang kita tahu, kebanyakan golongan muda yang biasanya menikmati segala jenis permainan yang terdapat di situ.

Hal ini demikian kerana kebanyakan permainan yang disediakan bersifat ekstrem dan ‘kasar’.

Bagaimanapun lain pula cerita yang tular baru-baru ini yang mengisahkan seorang nenek dan cucunya sedang asyik bermain permainan ‘bumper car’ sehinggakan ramai terhibur melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bimmerstylo itu, dapat dilihat ramai orang yang sedang bermain permainan tersebut.

Namun apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah apabila seorang nenek terlihat sangat bergaya dengan aksinya yang sangat ‘pro’ bermain bumper car tidak seperti usianya.

Dapat dilihat nenek itu tidak kisah dilanggar dan terus melanggar bumper car yang lain.

Fuh, macam drifter la nenek ni!

Lebih melucukan, cucunya yang masih kecil duduk menemaninya di sebelah dalam bumper car tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 558.9K tontonan, 56.1K tanda suka, dan 1738 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat aksi nenek itu yang kelihatan sangat ranggi bermain bumper car dengan penuh gaya.

Ada juga netizen yang berseloroh mengenai kejadian itu dan disamakan pula dengan watak kartun tempatan popular ‘Opah Upin Ipin’.

Antara komen netizen:

“bukn calang calang nenek mungkin dulu die membawa kereta lumba smpi terbawa bawa skrng😂”

“cucu dkt sebelah dh trauma😂 apa dosa kau katanya dlm hati🤧😆”


“nasib baik nenek aku suda meninggal kalau ndak aku bawa p kampung ayer😂”

“terkejut aku nenek ni lagi terer dari aku😂”

“makcik ni main bumper car relax je aku sekali kena langgar dengan orang sampai tercabut spect”

“dia punya skill cam opah upon ipin lakk😂”

Video TikTok yang tular:

@bimmerstylo

Bukan kaleng kaleng 😂

♬ GIVE IT TO ME X PROMISCUOUS – ALTÉGO