“Next level betul abang ni” Pekerja Katering Kutip Gelas Kotor Sampai Jadi Menara Buat Tetamu Kenduri Ternganga

Dalam menjayakan majlis perkahwinan, pihak katering dan stafnya turut memainkan peranan yang penting.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita sedia tahu, keluarga pengantin akan menjemput ramai tetamu dan mestilah banyak gelas dan pinggan yang digunakan.

Untuk mengelakkan kekurangan alat tersebut, staf yang bertugas mengutip gelas dan cawan seharusnya bijak mengawal keadaan dengan kemahiran yang ada.

Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, memaparkan seorang lelaki mengangkat gelas kotor di kenduri kahwin dengan banyak buat ramai tergamam!

Menerusi video yang dikongsikan oleh @eynaa_____ itu, dilihat lelaki yang menyarungkan jersi bernama Zharif. Z itu tangkas menjalankan tanggungjawabnya sebagai staf katering.

Bukan setakat dua atau tiga gelas sahaja dikutipnya, malah lebih dari itu sehinggakan gelas-gelas yang ditingkatkannya kelihatan seperti menara!

Dalam pada itu, lelaki itu turut membuatkan tetamu yang ada di situ ternganga dengan kecekapannya membersihkan ruang meja makan tetamu.

Mana tidaknya, riak wajahnya ketika itu sangat selamba dan steady, seolah-olah tugas itu sudah biasa baginya.

Bagaimanapun, pujian harus diberi kepada lelaki berkenaan atas kemampuannya. Tak semua pekerja dalam bidang ini mempunyai skill yang sama sepertinya.

Sejak video tular ini dimuat naik, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 1.6 juta manakala meraih tanda suka sebanyak 96.2 ribu!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur serta terpegun melihat kegigihan lelaki tersebut mengangkat gelas minuman yang banyak sekali gus.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“next level betul abang ni 😂 btw kami minta izin share video awak ya”

“aku ternganga sebab dia pacak tinggi2 cawan tu dengan muka steady je risau jatuh depan aku takpasal2 😂”


“Hahaha akak tudung biru 😳”

“Ternganga akak tu HAHAHAHHA”

“dengar cerita akak yg tudung biru tu masih ternganga sampai skrang…”

Video yang tular di laamn TikTok

@eynaa_____ Semuaa orang terpegun tengok dia 😂 #fyp #viral ♬ See Tình – Hoàng Thuỳ Linh (Sped Up Version) – Tik Toker