Netizen Terkejut Tengok Harga Tiket Konsert Rossa Cecah RM5K!

Sebelum ini, tular penjualan tiket konsert oleh artis-artis antarabangsa seperti Billie Eilish dan Dewa 19 yang habis dijual. Kali ini, giliran penyanyi tersohor dari Indonesia, Datuk Rossa pula untuk menjual tiket konsertnya di sini.

Difahamkan, konsert itu bakal diadakan pada 2 November akan datang bertempatkan di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre. Konsert itu diadakan sempena meraikan 25 tahun beliau di dalam industri seni.

Bagaimanapun, tular satu ciapan di Twitter di mana seorang individu mengeluh apabila mendapati harga tiket konsert Datuk Rossa tidak seperti apa yang dibayangkan.

Harga tiket konsert yang bakal diadakan juga telah mendapatkan perhatian warganet. Rata-ratanya menzahirkan perasaan kecewa. Bukan itu sahaja, malah mereka turut membandingkan harga tiket konsert Rossa dengan penyanyi antarabangsa yang lain dimana jauh lebih murah.

Buat pengetahuan semua, Datuk Rossa bakal mengadakan konsert Rossa 25 Shining Years pada 22 November 2022 di Plenary Hall, KLCC dan tiket dijual mulai harga RM218, RM358, RM488, RM1288, RM1800, RM4000 dan RM5000.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terkejut melihat harga tiket yang mencecah sehingga RM5000! Malah menurut mereka, konsert yang diadakan ini bukanlah untuk marhaen namun sebaliknya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter