Anak Muntah Dalam Kedai Serbaneka, Fazley Yaakob Pinjam Mop Untuk Cuci Lantai Raih Pujian Netizen

Jarang kita lihat ada individu yang faham dengan konsep ‘common sense’. Ini kerana, ada segelintir ibu bapa yang tidak mempunyai sikap prihatin terhadap orang sekeliling seperti membiarkan anak memanjat sesuka hati malah jika anak jatuhkan air ataupun aiskrim mereka pasti akan buat tidak tahu. Pun begitu, sebagai ibu bapa mestilah menunjukkan sikap dan tauladan yang baik untuk anak agar dapat dipupuk sejak kecil lagi. Ia merupakan satu tanggungajawab dan peranan seorang ibu bapa.

Sama juga dengan seorang pelakon dan penyanyi Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob ini yang berkongsikan pengalaman membersihkan muntah anak lelakinya sendiri. Video yang dimuat naik ini menunjukkan contoh yang baik buat ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak-anak.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Fazley di laman Instagram, dilihat beliau sedang mengemop lantai dengan muntah anaknya di kedai serbaneka Family Mart. Lebih menarik perhatian apabila dia tidak melibatkan dan meminta sebarang pertolongan dari pembantu kedai untuk membersihkan perbuatan anaknya itu.

“Piyush termuntah di kedai? Hahaha, masih saya ingat masa ni, Fierudz masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai kedai..kelam-kabut saya pinjam baldi dan mop dari kedai tu. Nak marah (anak) kasihan dan masa yang sama, yang muntah tu anak saya, takkanlah saya nak tinggal dan biar pekerja kedai yang bersih kan?”

“Kalau anda, anda buat apa,” tulis Fazley di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mluahkan rasa bangga dengan tindakkan Dato Fazley yang tidak malu untuk meminta baldi dan mop kedai untuk membersihkan muntah anaknya. Bukan itu sahaja, ada segelintir dia antara mereka yang juga berkongsikan pengalaman yang sama. Malah salah seorang pekerja kedai serbaneka itu juga berterima kasih kepada Dato yang memudahkan kerja mereka.

Antara komen warganet:

“Alhamdulillah. Cth a good Muslim n tauladan yg bagus..buat masyarakat dan anak-anak..”


“Kejadian yang rare berlaku..kalau orang lain dah keluar tinggal kan aje staff yang akan buat..Respect Dato!..”

“Mulianya pekerti Dato& beri contoh yang baik buat anaknya juga masyarkat..”

“Dato..saya ingat lagi sebab time ni shift saya tengah kerja..kitaorang nak cucui tapi dato mintak kat kitaorang mop & baldi sebab dato nak cuci sendiri..thank you Dato”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)