Netizen Kagum Beby Maembong Jadi Ikan Duyung, Cantik & Manis Walaupun Dalam Air

Waktu kecil-kecil dulu mesti korang pernah tengok cerita The Little Mermaid kan? Lagi-lagi yang perempuan. Ala watak kartun nama Ariel yang berambut merah tu. Dia bukan hanya ikan duyung semata, tetapi cantik dan sedap mata memandang.

Iospital phone repair gombak

Mungkin waktu kecil-kecil dulu ramai anak gadis yang berangan ingin menjadi ikan duyung. Tapi sebenarnya korang tahu tak yang dekat luar negara pun dah ada pekerjaan menjadi ikan duyung di lokasi pelancongan seperti taman tema!

Begitu juga dengan Beby Maembong, kakak kepada aktres terkenal Emma Maembong yang tular baru-baru ini kerana masih kekal jelita walaupun menyelam dalam air.

Video Beby berenang sambil mengenakan pakaian ikan duyung tular di TikTok secara tidak langsung membuatkan warganet kagum melihatnya! Sudahlah cantik, pandai berenang pula!

Video yang dikongsikan sendiri oleh Beby Maembong memaparkan dia sedang berenang ke arah seorang budak lelaki yang bersama bapanya. Bukan itu sahaja, Beby turut melemparkan senyuman manis kepada mereka berdua, membuatkan bapa si comel ikut tersengih.

Yang lebih menarik, selain dapat berenang dalam sut ikan duyung, kehebatan Beby tidak dapat dinafikan lagi apabila dia mampu menahan nafas dalam air dengan lama!

Beby turut kelihatan tenang semasa membuat pelbagai aksi comel kepada pengunjung. Ya lah, bukan senang nak kekal cantik dalam air. Bagaimanapun Beby dapat membuktikan ianya bukanlah satu penghalang.

Walaupun video berdurasi 20 saat itu baru sahaja dimuat naik semalam, ianya telah berjaya mencecah sehingga 3.2 juta jumlah tontonan serta meraih tanda suka sebanyak 195.2 ribu!

Di ruangan komen, warganet kagum melihat Beby yang masih mampu tersenyum cantik walaupun dalam air. Malah membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana dia mengawal pernafasannya ketika berenang dalam tempoh yang lama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“dia boleh senyum dlm air .. aku sampai nk jmpa ajal😳”

“cg: apa pekerjaan ibu kamu? anak: mak saya ikan duyung”


“saya bawah air bilik mndi pn dh mcm lemas..skli air trun dgn mata ttp,dah terfikir masuk alam lain”

“Sy buka mata dlm air pedih mata😂 tapi awak cantik je buka mata dlm air 🥰”

“lamanya tahan nafas… hebat”

Video yang tular di laman TikTok

@beby_maembong♬ Angel Baby – Troye Sivan